Sunday, June 20, 2010

Aktiviti Bulan Jun M3


Ahad 21 Jun - Mesyuarat JK kali ke 3 telah diadakan di Balai Raya Taman Ampang Pecah. Mesyuarat bermula 9.15 mlm dan berakhir pada 12.00 tengah malam. Ahli sempat mengukur saiz vest yang akan dibekalkan kepada semua ahli JKKK untuk keseragaman dan identiti JKKK Ampang Pecah. Mesyuarat kali ini bersetuju untuk menjalankan program berikut:
1. Lawatan ke Kampung Orang Asli Buloh Telur - Jumaat 25 Jun 2010.
2. Majlis doa selamat di surau-surau mengikut giliran pada setiap bulan hari Khamis minggu pertama.
3. Program gotong royong membersihkan balairaya mengikut giliran pada setiap bulan hari Ahad minggu kedua.
4. Pengisian Sambutan Hari Kemerdekaan dari Ogos-Sept. -pertandingan taman ceria/bersih. Semua AJK dan ahli kariah taman / kampung terlibat diminta memberi kerjasama dan komitmen untuk menjayakan program ini.
Sabtu 26 Jun - Lawatan ke kampung Orang Asli Buloh Telur telah dihadiri oleh 4 orang JK bagi meninjau masalah yang dihadapi oleh penduduk di situ. Antara masalah pokok :
1. Paip air tidak dipasang hingga ke rumah.
2. Meter tidak dipasang - pembaziran air berlaku sejak bulan April selepas PRK 094
3. Jalan sempit.
4. Sambungan letrik ke rumah-rumah tidak dilaksanakan.
5. Keperluan asas dewan tidak dilayan hingga sekarang.
6. Seorang pelajar Khairi Salim yang menuntut di UITM dalam jurusan Sains Komputer tidak mendapat NB yang dipohon.
Disamping itu Sdr Hussain (JK) telah mengirim 4 bungkusan pakaian untuk diserahkan kepada Tok Batin Hassan.
JKK telah menghubungi hotline SYABAS untuk aduan perkara 2. Perkara-perkara lain akan disusuli dengan tindakan yang sesuai.

No comments:

Post a Comment