Sunday, September 25, 2011

JAMUAN RAYA & SERAH CF

Ahad,25.9.11 - Program yang dirancangkan sejak 2 bulan lalu telah berjaya diadakan pada hari ini di Kawasan Lapang, Taman Desa Bukit Bujang. Program terpaksa diawalkan daripada 10 pagi ke 8.30 pagi kerana tetamu undangan ada program lain di kawasannya.  Majlis disempurnakan oleh YB Tuan Ir,Iskandar bin Abd Samad, EXCO Kerajaan Negeri Selangor (Perumahan,pembangunan & Setinggan). Turut hadir Pegawai Daerah Hulu Selangor, YDP MDHS, Setiausaha MDHS, En Wahab - Jabatan Kawalan Bangunan, penghulu2, wakil ARKD kontraktor projek perumahan TDBB - Dato Mohamad Salleh, En Rashidi Aly & Hj Anuar.dan pastinya 133 orang penerima Sijil Layak Menduduki Individu... masih ada 126 pemilik yang tidak memohon CF individu untuk simpanan sendiri. Majlis telah diisi dengan pelbagai acara bermula dengan ucapan aluan Pengerus Majlis dan bacaan doa oleh Us Kamaruzaman bin Mohd Ranip, ucapan Ketua Kampung Ampang Pecah merangkap Pengerusi JKKK Ampang Pecah(JATIKAP), ucapan Pegawai Daerah dan seterusnya ucapan YB Iskandar. Sekeping MOK Sijil telah diserahkan oleh YB kepada Pengerusi JKKK sebelum penyerahan CF Individu kepada 10 orang wakil penduduk TDBB. Majlis diserikan lagi dengan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dalam majlis ini. Oleh kerana sekolah-sekolah melalui PIBG ada mengeluarkan edaran memohon satu rim kertas A4 daripada setiap orang murid, maka JATIKAP telah mengeluarkan peruntukan 100 rim kertas A4 untuk disampaikan oleh YB Iskandar kepada murid-murid & guru sekolah yang hadir di majlis ini. Semoga sumbangan ini akan dapat meringakan beban ibubapa mereka bagi memenuhi tuntutan pihak sekolah. Majlis Jamuan Hari Raya dinikmati oleh tetamu-tetamu khas dan semua yang hadir dalam majlis ini dengan pelbagai jenis juadah disediakan dengan tarikan utama 3 ekor kambing panggang. Majlis penyampaian CF seterusnya disempurnakan oleh Dato Mohamad Salleh (ARKD) dan En Abd Wahab (MDHS) sehingga selesai pada kira-kira jam 11.00 pagi.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini dan tahniah kepada pemilik-pemilik yang telah menerima CF untuk premis mereka setelah menunggu selama lebih 8 tahun. SIAPA KATA CF TAKKAN BOLEH DAPAT? SIAPA KATA KONTRAKTOR DAH BANGKRUP? TELAH TERBUKTI DAKWAAN DANGKAL....SATU KEJAYAAN BESAR BUAT JATIKAP...ALHAMDULILLAH.

Thursday, September 8, 2011

Mesy JK ke 9

Jumaat, 9.9.11 - Mesyuarat akan diadakan di Balai Raya Taman Desa Bukit Bujang. Turut diundang AJK JKKK KKB untuk membolehkan mereka menyelesaikan kemelut yang dihadapi sejak 2 tahun lalu. Semoga dapat dirungkaikan.