Monday, April 6, 2015

MESYUARAT JK KALI PERTAMA & KEDUA

Mesyuarat JK kali pertama telah diadakan pada 06.03.15 sebaik sahaja perlantikan semula Ketua Kampung merangkap Pengerusi JATIKAP disahkan. Mesyuarat pertama adalah sesama ahli JK sahaja untuk menyusun semula biro-biro bagi tahun 2015.

Mesyuarat JK kali kedua telah diadakan pada 03.04.15 dengan turut dijemput MDHS, Penghulu dan PDRM.  JATIKAP amat berbesar hati kerana Ketua Balai KKB ASP Mohd Razip sudi menghadiri mesyuarat ini. Banyak info yang telah disampaikan untuk makluman JATIKAP demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk Ampang Pecah.



Wednesday, April 1, 2015

Kegiatan JATIKAP terhenti!!!

Semua kegiatan JATIKAP terhenti bermula 1.1.2015 kerana Ketua Kampung selaku Pengerusi JATIKAP dan Setiausaha telah mendapat surat penamatan tugas bermula 31.12.2014. Semua mesyaurat, aktiviti, tuntutan dan pengeluaran wang tergendala seketika atas gangguan teknikal ini.  Perkara ini berlanjutan sehingga akhir bulan Februari 2015 bila mana perlantikan Ketua Kampung baru dibuat oleh pihak Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor dan jawatan dalam percubaan selama 6 bulan dikenakan ke atas semua Ketua Kampung yang lama dan baru dilantik berkuatkuasa bulan Mac 2015.

Mesyuarat pertama telah dapat diadakan pada 6 Mac 2015 untuk membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2015. Antaranya ialah Sambutan Hari Guru, Sumbangan Ramadhan & Hari Raya, Sumbangan hadiah kecemerlangan akademik, lawatan (candat sotong di Terengganu), korban di Kampuchea dan Umrah disamping program kemasyarakatan yang biasa dijalankan.