Wednesday, April 1, 2015

Kegiatan JATIKAP terhenti!!!

Semua kegiatan JATIKAP terhenti bermula 1.1.2015 kerana Ketua Kampung selaku Pengerusi JATIKAP dan Setiausaha telah mendapat surat penamatan tugas bermula 31.12.2014. Semua mesyaurat, aktiviti, tuntutan dan pengeluaran wang tergendala seketika atas gangguan teknikal ini.  Perkara ini berlanjutan sehingga akhir bulan Februari 2015 bila mana perlantikan Ketua Kampung baru dibuat oleh pihak Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor dan jawatan dalam percubaan selama 6 bulan dikenakan ke atas semua Ketua Kampung yang lama dan baru dilantik berkuatkuasa bulan Mac 2015.

Mesyuarat pertama telah dapat diadakan pada 6 Mac 2015 untuk membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2015. Antaranya ialah Sambutan Hari Guru, Sumbangan Ramadhan & Hari Raya, Sumbangan hadiah kecemerlangan akademik, lawatan (candat sotong di Terengganu), korban di Kampuchea dan Umrah disamping program kemasyarakatan yang biasa dijalankan.

No comments:

Post a Comment