Thursday, May 31, 2012

Ziarah pesakit - hospital KKB

Khamis, 31.05.12 - Program yang dirancang sejak sekian lama telah dapat dilaksanakan petang hari ini. Bermula 5.30 ptg hingga lewat 6.30 ptg, sekumpulan JK JATIKAP telah dapat menziarah pesakit-pesakit di Hospital KKB. Semua telah dilawati diiringi pegawai kesihatan Sdr Faizal. Sumbangan telah disampaikan diterima oleh pesakit dengan hati terbuka. Turut diraikan ialah petugas yang ada pada waktu tu sempena HARI JURURAWAT. Selepas itu kunjungan ke rumah-rumah juga dibuat bagi menyampaikan sumbangan

Tuesday, May 29, 2012

Perbincangan MDHS-JATIKAP-ARKD

Selasa,29.05.12 - Seperti yang telah dtemujanjikan, pertemuan bersekemuka antara YDP & jabatan di bawahnya - JATIKAP dan ARKD telah berjaya diadakan petang tadi. Keputusan positif dapat dirumuskan apabila pihak majlis sedia membantu supaya projek perumahan TDBB dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tuntutan CF akan dimudahkan sekira semua prosidur dipatuhi. Isu CF Taman Damai turut dibangkit. Pihak majlis menyarankan 2 pilihan - upah perunding untuk memohon CF selepas mengambil langkah2 yang perlu atau permohonan CF boleh dibuat secara individu dengan mematuhi perkara-perkara asas dan pengecualian boleh diberi oleh pihak majlis untuk tujuan ini. Perbincangan berakhir dalam suasana riang dan ceria apabila semua pihak sedia maklum dengan bidang tugas & prosidur yang perlu dipatuhi.

Saturday, May 26, 2012

SAMBUTAN HARI BIODIVERSITI SEDUNIA


26.512- sABTU - Sambutan dengan kerjasama RComm & MGHS berjalan lancar sejak awal pagi hingga 2 ptg. Majlis penutup disempurnakan oleh YB Elizabeth, EXCO kerajaan negeri Selangor. Pelbagai acara telah diatur bermula dengan taklimat tentang biodiversity oleh prof dari UM. Majlis pembukaan secara simboliknya ialah melepaskan burung. Turut diadakan pertandingan mewarna, handson membuat bunga daripada kertas dan kaunter2 permeriksaan kesihatan, perpustakaan, JPAM dan Kementerian pengguna. Satu event yang jarang-jarang dibuat ialah menukar barangan elektonik yang hendak dibuang dengan sepohon pokok. Kemuncak acara ialah membina lanskap yang banyak dibantu oleh anggota JPAM. Kehadiran Yb Elizabeth agak terlewat (jam 1.lebih) kerana program di Klang, namum beliau tetap hadir untuk tunaikan janji. Penyamapaian hadiah kecemerlangan akademik UPSR, PMR & SPM 2011 telah disampaikan oleh YB sebelum menanam pokok sebagai penutupan majlis hari ini. Kehadiran amat membanggakan dan hadirin dijamukan dengan makan tengahhari bersama YB Elizabeth secara santai rakyat. Ucapan terima kasih kepada semua yang dapat hadir menyerikan majlis - Ahli-ahli Majlis MDHS, En Azizuddin (PLB), Penyelaras DUN Hulu Bernam, agensi kerajaan  yang menyertai program ini terutama sekali penduduk Taman Desa Bukit Bujang yang dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada program ini. Banyak lagi di GAMBAR PERISTIWA.

Wednesday, May 23, 2012

PERTEMUAN DGN KETUA WILAYAH SYABAS HS

 Rabu,23 Mei 2012 - Bagi mengatasi kekangan yang dihadapi dalam usaha mendapatkan CF untuk 14 unit rumah yang telah siap dibaiki, satu pertemuan dengan Ketua Wilayah Syabas HS telah diadakan pagi hari ini. En Ahmad Fuad Zainuddin telah memberikan kerjasama serta pandangan positif untuk mencapai persetujuan yang boleh diterima semua pihak. Makanya pemilik rumah-rumah yang telah lama tergendala - dan tersasar janji penyerahan pada akhir 2011 - tidak perlu lagi merasa gusar. Sebelum Raya tahun 2012, mereka sudah boleh beraya Aidil Fitri di rumah baru.
Sehubungan dengan itu satu mesyuarat bersama JATIKAP-ARKD dan kontraktor yang telah mendapat kepercayaan untuk membangunkan lebihan rumah yang tidak sempat dibina telah diadakan pada sebelah petang hari yang sama. Kerja-kerja membersihkan tapak telah bermula hari ini. Langkah-langkah seterusnya akan diambil oleh mereka bagi mlancarkan pembangunan 84 unit rumah untuk tempoh 12 bulan mulai Jun 2012- Mei 2013. Kepada yang telah mendaftar untuk tapak rumah berkenaan bolehlah bersedia untuk membuat pembayaran deposit tidak lama lagi.