Tuesday, November 29, 2011

Mesy kali ke 2 ARKD-JATIKAP

Selasa,29.11.11 - Mesyuarat kali ke 2 berkaitan projek perumahan Taman Desa Bukit Bujang diadakan pagi hari ini bermula 11 pagi hingga lewat petang. Beberapa perkara telah dipersetuju bersama antara JATIKAP selaku pemaju projek dan ARKD sebagai kontraktor projek. Konsesus yang dicapai adalah:
1. 14 unit rumah yang tergendala pembinaannya adalah dalam proses akhir pembaikan. Dijangkakan boleh diserahkan sebelum tahun ini berakhir. JATIKAP akan membantu dari segi mendapatkan CF.
2. Permohonan seramai 103 orang telah dihantar kepada SUK untuk kelulusan melalui Pejabat Daerah HS. Kekosongan adalah sebanyak 85 unit rumah sahaja. Keputusan dicapai untuk proses mennandatangani Pra perjanjian dengan serahan RM3K sebagai wang pengesahan tempahan dan pemilihan lot antara 10.12.11 hingga 10.1.12. Tawaran pembelian akan ditutup pada 10 Disember 2011. Pemohonan terkemudian (batch ke 2) akan diserahkan untuk kelulusan selepas tarikh itu.
3. Kos rumah untuk  cengal 3 dengan sedikit perubahan pada design rumah akan ditentukan sebelum 10.1.12. Sementara itu kos rumah cengal 4 dengan perubahan besar pada designnya akan ditentukan kemudian daripada itu.
4. Satu perjanjian persefahaman baru akan ditandatangani antara JATIKAP dan ARKD.
Kepada pemohon yang telah menyatakan keinginan untuk memiliki rumah di TDBB, diminta bersedia dengan dokumen-dokumen sokongan untuk menandatangani Pra Perjanjian seperti :
1. salinan 3 bulan penyata gaji / penyata bank
2. surat dari majikan (jika pekerja swasta)
3. Surat pengesahan kelayakan pinjaman dari ketua jabatan (kakitangan kerajaan) -nyatakan negeri atau persekutuan
4. Borang J - Lembaga Hasil Dalam Negeri
5. RM3000 sebagai commitment fees - akan dijadikan wang pendahuluan semasa Perjanjian Jual Beli ditandatangani kemudiannya.
Bersabarlah untuk menerima panggilan daripada ARKD dalam masa terdekat ini.

Wednesday, November 16, 2011

Pembangunan di Kampung Ampang Pecah

Sehingga akhir bulan Oktober, JATIKAP telah mendapat beberapa projek sumbangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menafaat penduduk di taman-taman perumahan yang terlibat. Projek-projek yang telah siap dilaksanakan adalah:
1. Baikpulih Gelanggang Sepak Takraw di Taman Ampang Pecah.
2. Pagar tembok Balairaya Taman Damai.
3. Pagar temgok Balairaya Taman Desa Bukit Bujang.
4. Gelanggang Futsal di Taman Desa Bukit Bujang.
Sehubungan dengan itu satu sesi perbincangan dengan wakil penduduk dan belia TDBB telah diadakan pada 7.11.11 (Isnin) untuk melantik JK Penaja bagi  menubuhkan Pergerakan Belia Bukit Bujang. PBBB akan diamanahkan untuk menguruskan gelanggang futsal ini kelak setelah diserahkan oleh Pejabat Daerah Hulu Selangor kepada JATIKAP.
Lain-lain projek yang telah diluluskan dan menanti kerja-kerja dimulakan termasuk:
1. Gelanggang sepak takraw di TDBB
2. Gelanggan Bolatampar di TDBB
3. Baikpulih dan pagar temgok Balairaya Taman Ampang Pecah.
JATIKAP ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah memulangkan hasil negeri untuk dinikmati bersama oleh rakyat negeri ini.



Mesy Pembangunan TDBB

Selasa, 15.11.11 - Satu sesi perbincangan antara JATIKAP dan kontraktor projek perumahan Tmn Desa Bukit Bujang telah diadakan untuk mencapai persetujuan bagi meneruskan pembangunan di TDBB.  Persetujuan telah dicapai untuk :
i. membaikpulih 14 unit rumah yang telah dirosakkan dek vandalisme untuk serahan sebelum akhir 2011 (seperti dijanjikan dalam siaran SINAR pada 13.4.11)
ii. tambahan rumah dalam kawasan kosong sebanyak 24 unit pada harga bermula RM120K akan diteruskan pembinaan dengan kos infra ditanggung oleh kontraktor dan
iii. tambahan unit rumah dengan harga yang akan ditentukan mengikut design yang baru untuk memenuhi permintaan pasaran masa kini. Seramai lebih 100 bakal pembeli telah membuat tempahan bagi memiliki rumah di TDBB. Tindakan susulan akan diambil oleh JATIKAP dan kerja-kerja pembinaan sudah pun dimulakan oleh pihak ARKD.

Mesy JK kali ke 11

Khamis, 10.11.11 - Mesyuarat JK kali ke 11 telah diadakan di Balai Raya Taman Damai. Balai raya yang baru didirikan pagar dan dibekalkan dengan kerusi meja menjadi pilihan tempat mesyuarat kali ini untuk memberi peluang kepada JK menyaksikan sendiri perubahan yang telah dibawa oleh JATIKAP untuk penduduk Taman Damai. Mesyuarat kali ini masih membincangkan perkara-perkara yang sedang dan akan dijalankan dari semasa ke semasa termasuk aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Aktivti terdekat ialah Majlis Dialog dan Serahan CF berbaki kepada pemilik Taman Desa Bukit Bujang yang dicadangkan pada 20 November 2011 (bergantung kepada keadaan balai raya yang masih dalam pembinaan pagarnya).