Monday, March 28, 2011

Pertemuan ke2 - penyelesaian isu CF

Rabu , 23.3.11 - Satu pertemuan kali kedua bersama pegawai unit kejuruteraan MDHS telah diadakan bagi mendapat penjelasan penyelesaian isu CF untuk Taman Bukit Bujang. Semuanya hampir selesai dan dijangkakan akan dapat diserahkan kepada penduduk dalam bulan April dalam satu majlis besar-besaran. Jumaat, 25.3.11 - Satu lagi perjumpaan dengan Pegawai Daerah Hulu Selangor turut diadakan untuk memuktamadkan keputusan kerjaaan negeri Selangor untuk meneruskan pembangunan seluruh kawasan tapak Taman Desa Bukit Bujang. Tindakan segera perlu diambil oleh pihak kontraktor ARK Development agar perkara ini boleh dibawa ke peringkat SUK Negeri Selangor.

Monday, March 14, 2011

Aktiviti Minggu 3 Mac 2011

14.3.11, Isnin - Pertemuan dengan Pegawai Tadbir Agama berkaitan isu tanah perkuburan, solat Jumaat di Masjid(L) Ampang Pecah dan lain-lain perkara yang berkaitan. Tuan Kadi telah bersetuju untuk menghadiri majlis bacaan Yassin & Tahlil pada 24 Mac 2011 sambil beramah mesra dengan ahli kariah. 16.3.11, Rabu - Mesyuarat JK kali ke 3/2011 bermula jam 2 petang di Balai Raya Tmn Desa Bukit Bujang.