Monday, March 28, 2011

Pertemuan ke2 - penyelesaian isu CF

Rabu , 23.3.11 - Satu pertemuan kali kedua bersama pegawai unit kejuruteraan MDHS telah diadakan bagi mendapat penjelasan penyelesaian isu CF untuk Taman Bukit Bujang. Semuanya hampir selesai dan dijangkakan akan dapat diserahkan kepada penduduk dalam bulan April dalam satu majlis besar-besaran. Jumaat, 25.3.11 - Satu lagi perjumpaan dengan Pegawai Daerah Hulu Selangor turut diadakan untuk memuktamadkan keputusan kerjaaan negeri Selangor untuk meneruskan pembangunan seluruh kawasan tapak Taman Desa Bukit Bujang. Tindakan segera perlu diambil oleh pihak kontraktor ARK Development agar perkara ini boleh dibawa ke peringkat SUK Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment