Wednesday, May 23, 2012

PERTEMUAN DGN KETUA WILAYAH SYABAS HS

 Rabu,23 Mei 2012 - Bagi mengatasi kekangan yang dihadapi dalam usaha mendapatkan CF untuk 14 unit rumah yang telah siap dibaiki, satu pertemuan dengan Ketua Wilayah Syabas HS telah diadakan pagi hari ini. En Ahmad Fuad Zainuddin telah memberikan kerjasama serta pandangan positif untuk mencapai persetujuan yang boleh diterima semua pihak. Makanya pemilik rumah-rumah yang telah lama tergendala - dan tersasar janji penyerahan pada akhir 2011 - tidak perlu lagi merasa gusar. Sebelum Raya tahun 2012, mereka sudah boleh beraya Aidil Fitri di rumah baru.
Sehubungan dengan itu satu mesyuarat bersama JATIKAP-ARKD dan kontraktor yang telah mendapat kepercayaan untuk membangunkan lebihan rumah yang tidak sempat dibina telah diadakan pada sebelah petang hari yang sama. Kerja-kerja membersihkan tapak telah bermula hari ini. Langkah-langkah seterusnya akan diambil oleh mereka bagi mlancarkan pembangunan 84 unit rumah untuk tempoh 12 bulan mulai Jun 2012- Mei 2013. Kepada yang telah mendaftar untuk tapak rumah berkenaan bolehlah bersedia untuk membuat pembayaran deposit tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment