Saturday, May 26, 2012

SAMBUTAN HARI BIODIVERSITI SEDUNIA


26.512- sABTU - Sambutan dengan kerjasama RComm & MGHS berjalan lancar sejak awal pagi hingga 2 ptg. Majlis penutup disempurnakan oleh YB Elizabeth, EXCO kerajaan negeri Selangor. Pelbagai acara telah diatur bermula dengan taklimat tentang biodiversity oleh prof dari UM. Majlis pembukaan secara simboliknya ialah melepaskan burung. Turut diadakan pertandingan mewarna, handson membuat bunga daripada kertas dan kaunter2 permeriksaan kesihatan, perpustakaan, JPAM dan Kementerian pengguna. Satu event yang jarang-jarang dibuat ialah menukar barangan elektonik yang hendak dibuang dengan sepohon pokok. Kemuncak acara ialah membina lanskap yang banyak dibantu oleh anggota JPAM. Kehadiran Yb Elizabeth agak terlewat (jam 1.lebih) kerana program di Klang, namum beliau tetap hadir untuk tunaikan janji. Penyamapaian hadiah kecemerlangan akademik UPSR, PMR & SPM 2011 telah disampaikan oleh YB sebelum menanam pokok sebagai penutupan majlis hari ini. Kehadiran amat membanggakan dan hadirin dijamukan dengan makan tengahhari bersama YB Elizabeth secara santai rakyat. Ucapan terima kasih kepada semua yang dapat hadir menyerikan majlis - Ahli-ahli Majlis MDHS, En Azizuddin (PLB), Penyelaras DUN Hulu Bernam, agensi kerajaan  yang menyertai program ini terutama sekali penduduk Taman Desa Bukit Bujang yang dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada program ini. Banyak lagi di GAMBAR PERISTIWA.

No comments:

Post a Comment