Saturday, July 3, 2010

Aktiviti Julai

Jumaat - 2 Julai - Sekali lagi wakiil JKKK telah ke MDHS untuk menyampaikan surat pertanyaan atas aduan yang dibuat pada 3 Jun. Selepas 30 hari hampir berlalu, JKKk tidak menerima sebarang makluman atas semua aduan yang telah dikemukakan.
6 Julai - 9.30 mlam - menerima aduan daripada penduduk Taman Ampang Pecah untuk kesekian kali - berkenaan seorang individu yang dikenali tetapi berkelakuan tak baik - mencuri, mengendap - bukan dari kalangan penduduk tempatan. Pengerusi, Setiausaha dan seorang AJK telah bertindak menemui abang kepada individu terlibat tetapi tidak berada dirumah. Bagaimana pun ibunya dapat dihubungi dan rela jika anaknya ditahan polis. JKKK mengambil keputusan untuk membuat laporan polis pada malam itu kira-kira jam 9 malam. Sebelum itu pihak yang mengadu telah pun membuat aduan polis tetapi aduan JKKK telah diambil statement oleh IO sehingga jam 11.20 malam. Apakah hasil daripada tindakan JKKK ini akan diketahui kemudian.
8 hJulai - Majlis Doa selamat di surau Tmn Bukit Bujang telah dihadiri oleh wakil JKKK terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 2 ahli Jawatankuasa - Sdr Ameer dan Hj Aziz. Majlis turut dihadiri oleh jemaah surau taman berkenaan yang dijamu dengan juadah nasi berlauk selepas solat Isyak.

No comments:

Post a Comment