Monday, June 7, 2010

Aktiviti Bulan Jun M2

6 Jun (Ahad) - Setiausaha telah mewakili JKKK Ampang Pecah untuk memenuhi undangan majlis tahlil pada waktu tengahari di rumah Sdr Hj Mat Aris (216, Taman Tanjak).
7 Jun (Isnin) - Pengerusi dan Setiausaha telah menghadirkan diri di rumah Sdr Hassan Asharri beralamat di No3, Jalan 1B Taman Tanjak untuk perbincangan duduk kerja sempena majlis walimatulurus pada 12 Jun 2010 nanti, Doa dibaca oleh Sdr Nur Abdullah (AJK JKKK merangkap Imam MAHAP).
19 Jun (Jumaat) - Pengerusi, Setiausaha & Sdr Ameer telah berjumpa dengan YDP MDHS ,Tn Tukiman Nail, untuk selesaikan beberapa perkara yang selama ini tidak dapat diselesaikan di peringkat bawah. Isu-isu pokok telah dibincangkan termasuk masalah CF Taman Damai & Desa Bukit Bujang, aduan-aduan yang belum diberi tindakan dan beberapa pandangan lain yang diberikan oleh YDP yang melibatkan MDHS untuk kemajuan kampung & taman dalam Mukim Ampang Pecah.Sesi perbincangan berjalan dengan mesra dan kami berpuas hati dengan layanan yang diberikan.
19 Jun (Jumaat) - 5.30 petang -Program ziarah diteruskan dengan melawat seorang ahli kariah yang telah lama menghilangkan diri - Sdr Shamsuddin Hj Ishak yang menetap di Kampung Sungai Damar. Banyak perkara yang dipelajari hasil perbincangan tidak formal bersama beliau.

No comments:

Post a Comment