Friday, June 4, 2010

Aktiviti Bulan Jun


4 Jun (Jumaat) - Pada pukul 3.00 petang wakil JKKK telah menemui pegawai Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaran En Ahmad Jamzuri bin Mijaini untuk menyerahkan borang aduan berikut :
1. Calvet roboh di Taman Ampang Indah - dalam kelolaan MDHS - tindakan akan diambil segera.
2. Longkang sumbat menyebabkan limpahan air lumpur di jalan air berdekatan Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah - diserahkan kepada JKR,
3. Rumputdan longkang yang tidak terurus di Kg Sg Damar - dipanjangkan ke Unit Kesihatan & Perancangan Bandar.
4. Pokok besar di hujung Jln 16 Tmn Ampang Pecah - dipanjangkan ke Kesihatan & Perancangan Bandar.

5. Isu Alor Lempah - dibawah seliaan JPS/PLB.
6. Memohon pelan rumah taman-taman - Unit Perancangan Bandar
7. Minta kerjasama majlis untuk maklumkan kepada Ketua Kampung semua pembangunan yang hendak dijalankan di kawasan Mukim Ampang Pecah agar pemantauan dapat dibuat bersama.
Penemuan hari ini adalah amat membanggakan kerana mendapat layanan dan kerjasama pihak yang berkenaan.
4 Jun (Jumaat) - Wakil JKKK telah menghadiri majlis Tahlil di rumah Sdr Alias di Taman Tanjak selepas solat Isyak sempena majlis perkahwinan anak beliau pada esok harinya. Majlis tahlil dipimpin oleh Sdr Nur Abdullah (AJK JKKK merangkap Imam Masjid(L)Al-Hidayah Ampang Pecah. Turut hadir S/U JKKK.

No comments:

Post a Comment