Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ampang Pecah telah ditubuhkan pada bulan Mac 2008 di bawah pentadbiran negeri yang baru. JKKK berperanan menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti di Mukim Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu ini.
Monday, May 16, 2011
MAJLIS JASAMU DIKENANG
Selasa, 17.5.11 - Majlis JasaMU diKenang anjuran JATIKAP dengan kerjasama Masjid(L) AL-Hidayah Ampang Pecah dan PAS Cawagan Ampang Pecah akan berlangsung pada pagi ni bertempat di Dewan Merdeka KKB. Majlis akan dirasmikan oleh YB Lau Weng San, ADUN Kg Tunku merangkap ADUN Angkat Kawasan KKB. Sebelum acara kemuncak berupa penyampaian hadiah & sumbangan kepada tokoh-tokoh yang dipilih dari kalangan mantan ketua kampung, pengerusi,SU dan bendahari masjid, tok batin kampung orang asal serta aktivis masyarakat dari kalangan warga emas. Kepada golongan muda, penyerahan alat permainan kepada mereka turut disampaikan. Turut diselitkan dalam program ini satu slot ceramah pendedahan khas kejayaan kerajaan negeri Selangor selama 3 tahun mengambil alih pemerintahan Negeri Selangor. Diharapkan melalui program yang santai dan tidak terlalu formal ini, golongan generasi tua dan muda dapat bergaul mesra. Masyarakat juga dapatmengenali dan beramah mesra dengan wakil rakyat agar tidak ada jurang yang menghalang pergaulan antara satu sama lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment