Sabtu,30.4.11 - Petang tadi selepas mengadakan mesyuarat bersama Penyelaras DUN KKB, YB Lau Weng San telah meluangkan masa melawat ke 4 balai raya yang ada dalam mukim Ampang Pecah. Lawatan kerja ini dibuat berikutan permohonan JKKK Ampang Pecah dengan jumlah yang agak besar bagi mengisi kekosongan di balai raya pada masa kini. Ketiadaan kerusi meja, papan kenyataan dsb amat menyusahkan penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti. Dari lawatan ini juga YB telah melihat sendiri kedaifan balai raya yang tiada berpagar atau papan tanda sehinggakan YB sendiri berpendapat keadaan perlu dibaiki.
Pada sebelah malamnya pula, JKKK Ampang Pecah telah menganjur satu pertemuan penduduk Taman Damai dan Taman Desa Bukit Bujang bagi tujuan membentuk satu jawatankuasa penaja Persatuan Penduduk yang akan didaftarkan secepat mungkin. Majlis turut dihadiri Ahli Majlis Jessie selain Pengerusi serta Setiausaha JATIKAP.
No comments:
Post a Comment