Friday, May 20, 2011

Pergerakan minggu ini

Khamis 19.5.11 - Pada sebelah pagi bersama pegawai kawalan bangunan MDHS , arkitek, engineer & kontraktor projek pembesaran kampung sekali lagi telah melawat untuk tujuan inspection tapak projek sebelum CF Tetap dikeluarkan oleh MDHS. Dengan mengisi borang E oleh arkitek projek, dimaklumkan dalam masa 14 hari CF akan dikeluarkan. Ini bermakna perjuangan untuk mendapatkan CF sudah sampai ke penghujungnya dan persiapan untuk majlis penyerahan sedang giat dirancang.
Pada sebelah petang, satu lagi perjumpaan dengan YDP MDHS telah diadakan bersama dengan ARK Dev. bagi membincangkan lagi urusan CF individu yang akan dikendalikan oleh JATIKAP. Maklumat awal dalam perancangan ialah untuk menjemput MB Selangor untuk hadir ke majlis tersebut kemungkinan pada 1 Julai. Jika ini menjadi kenyataan satu sesi gotong royong akan diadakan pada 26 Jun 2011 (Ahad) bersama MDHS & ARK Dev. Majlis penyerahan CF ini adalah merupakan satu kejayaan besar bagi JATIKAP setelah tertunggak selama 9 tahun sejak 2002.
Jumaat, 20.5.11 - Mesyuarat JK kali ke 5 telah diadakan di Bilik Gerakan JKKK Ampang Pecah bermula 3 petang. Perbincangan berkisar kepada peruntukan 11j kerajaan negeri untuk penambahbaikan infra di Hulu Selangor - di bawah PLB. Selain itu program dirancang :
i. Majlis Silaturahim (HI-Tea) Bersama Masyarakat Setempat - 18 Jun 2011 (Sabtu)
ii. Gotong Royong di TDBB - 26 Jun 2011(Ahad)
iii. Majlis Penyerahan CF Individu - tentative 1 Julai 2011
iv. Gotong Royong bersihkan Tapak Perkuburan Islam, Batu Tajam.
v. Pengisian Hari Peringatan Israk Mikraj - explorace & ceramah kesedaran - dengan kerjasama Masjid (L) AL-Hidayah Ampang Pecah. - 29 Jun 2011 (Rabu)
Sebagai makluma dan tindakan JK, Penghulu KKB telah menyampaikan perkara-perkara berkaitan PPRT sedia ada dan bancian untuk projek tambahan. Tindakan akan diambil oleh JKKK untuk membetulkan salah faham yang berlaku dengan projek PPRT sedia ada dan akan mencari calon-calon baru untuk projek baru. Tindakan Pengerusi JKKK.

No comments:

Post a Comment