Wednesday, November 16, 2011

Mesy Pembangunan TDBB

Selasa, 15.11.11 - Satu sesi perbincangan antara JATIKAP dan kontraktor projek perumahan Tmn Desa Bukit Bujang telah diadakan untuk mencapai persetujuan bagi meneruskan pembangunan di TDBB.  Persetujuan telah dicapai untuk :
i. membaikpulih 14 unit rumah yang telah dirosakkan dek vandalisme untuk serahan sebelum akhir 2011 (seperti dijanjikan dalam siaran SINAR pada 13.4.11)
ii. tambahan rumah dalam kawasan kosong sebanyak 24 unit pada harga bermula RM120K akan diteruskan pembinaan dengan kos infra ditanggung oleh kontraktor dan
iii. tambahan unit rumah dengan harga yang akan ditentukan mengikut design yang baru untuk memenuhi permintaan pasaran masa kini. Seramai lebih 100 bakal pembeli telah membuat tempahan bagi memiliki rumah di TDBB. Tindakan susulan akan diambil oleh JATIKAP dan kerja-kerja pembinaan sudah pun dimulakan oleh pihak ARKD.

1 comment:

  1. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 29hb November 2011 kelak. Kerja-kerja pembaikpulihan 14 unit rumah tersebut sedang giat dijalankan. Kerja-kerja infrastruktur merangkumi longkang, pemasangan paip air dan jalan juga sedang dilaksanakan.

    ReplyDelete