Wednesday, August 24, 2011

Pemberian Sumbangan diteruskan..

Rabu,24.Ogos 2011 - Sumbangan hamper dan duit raya dari MDHS diteruskan hari ini yang berlangung di Balai Raya Taman Ampang Pecah. Bersampingan dengan itu turut disampai sumbangan YB Lau Weng San yang diwakilkan kepada Sdr Chng Boon Lai berupa cek untuk kegunaan penerima sumbangan., 2 OKU telah menerima sumbangan duit raya, satu keluarga yang menghadapi masalah kewangan serta seorang pelajar IPTA menerima sumbangan pendidikan.  Aktiviti ini amat bersesuai dengan konsep Negeri Berkebajikan yang diamalkan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Sunday, August 21, 2011

SUMBANGAN RAYA MDHS




Ahad, 21. 8.11 - Unit Belia MDHS telah menyampaikan sumbangan hari raya kepada kumpulan asnaf fakir yang tinggal dalam zon KKB. JATIKAP telah diminta bekerjasama untuk menjayakan program ini.Seramai 11 penerima telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan yang telah diadakan di hadapan Gerai 10 Tmn Ampang Pecah. Turut hadir Ahli Majlis Pn Jesse bersama pegawai unit berkenaan. Secara simbolik sumbangan telah diterima oleh Ketua Kampung Ampang Pecah merangkap Pengerusi JATIKAP.

Thursday, August 18, 2011

PROGRAM MENYUSURI KASIH 2011



Program anjuran pelajar Darul Quran dengan kerjasama JATIKAP akan berlangsung di Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah bermula 3 petang hari Jumaat hingga 12 tgh Sabtu. Antara pengisian program ialah :
1. peserta tiba di MAHAP
2. agih kepada keluarga angkat
3. gotong royong masak bubur lambuk
4. iftor di rumah keluarga angkat
5. Tazkirah, Tarawih, moreh, halaqah al-quran
6. Bermalam di rumah keluarga angkat
7.Qiamulail dan bersahur
8. Kuliah Subuh
9. Motivasi untuk pelajar SMKAP
10. Majlis Penutup Program oleh Pengarah Darul Quran.
Penganjur menjemput semua ahli kariah untuk bersama hadir ke program ini.

Saturday, August 13, 2011

Mesy JK & Majlis Iftor

Sabtu,3.8.11 - Mesyuarat kali ke 8 telah diadakan di rumah bendahari bermula 5.30 ptg, Tujuan pemilihan tempat ini adalah untuk sekali gus meraikan majlis iftor di bulan ramahan al-mubarak ini, Mesyarat berjalan lancar menepati waktu yang ditetapkan dengan mencapai beberapa ketetapan seperti berikut :
1. segerakan pendaftaran Persatuan Penduduk Taman Damai - untuk urusan tuntutan CF
2. segerakan pendaftaran Koperasi
Mesyuarat berakhir dengan berbuka puasa, solat maghrib dan makan malam. Ucapan terima kasih kepada tuan rumah.

Tuesday, August 9, 2011

Sumbangan Bulan Ramadhan diteruskan

Di Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah
Di Surau As-Sakinah Tmn Damai
wakil pemenerima hadiah
Di Surau AssaodahtulSalam TDBB
Sejak tahun lepas, JATIKAP telah dapat meneruskan program memberi sumbangan belanja moreh untuk Masjid Ampang Pecah(pada 3.8.11) ,  Surau As-Sakinah (Tmn Damai- pada 9.8.11) & Surau As-SaodatusSalam  (Tmn Desa Bukit Bujang-pada 10.8.11)disamping itu diserahkan beberapa naskah buku Fadhlilat bulan Islam untuk bacaan jemaah. Menepati janji JATIKAP semasa majlis solat hajat sebelum PMR & SPM tahun lalu, 8 orang calon dari Taman Damai telah menerima hadiah kecemerlangan mereka mendapat 5A ke atas.

Friday, August 5, 2011

ICU membazirkan wang rakyat Malaysia








Sabtu,6 Ogos - ICU adalah badan yang mewakili kerajaan persekutuan bagi menurunkan projek-projek di negeri Pakatan Rakyat. Satu projek yang diluluskan ICU ialah kerja-kerja menggantikan calvet kepada longkang berbentuk U di simpang masuk ke Taman Desa Bukit Bujang, KKB menelan belanja RM40K (menurut kata YDP MDHS). Kenapa dikatakan projek pembaziran? Alasan yang diberikan adalah kerana projek ini diminta oleh KRT TDBB atas sebab kononnya aduan penduduk Taman Damai mengatakan limpahan air melintas jalan utama masuk ke taman mereka apabilla hujan lebat. Yang menjadi persoalan ialah punca berlaku limpan air adalah kerana longkang menghala ke tempat takungan dan seterusnya ke sungai telah lama tersumbat. Pihak MDHS baru sahaja meluluskan kontrak membersihkan longkang yang berkaitan. Ada juga yang mendakwa longkang tersebut di bawah penyelenggaran JKR. Tidakkah lebih baik peruntukan tidak sampai sebanyak itu dibagi untuk membersihkan longkang-longkang yang tersumbat daripada membuat sesuatu langkah yang tidak relevan seperti mengganti calvet kepada longkang berbentuk U dengan menggunakan penutup besi. Yang lebih merisaukan JKKK ialah projek perumahan di TDBB masih belum siap sepenuhnya. Jika sekiranya pemeriksaan dibuat oleh pihak-pihak berkenaan dan didapati bahagian ini yang telah disahkan dalam pelan asal kini berubah tanpa kelulusan JKR atau MDHS, siapakah yang akan bertanggungjawab? Atas maksud itu JKKK telah mencuba untuk meminta pihak berkenaan untuk menangguhkan kerja-kerja tersebut sehingga hari Isnin untuk mendapatkan kepastian dan dokumen-dokumen sokongan untuk rujukan di masa hadapan tetapi gagal kerana projek in projek ICU - tak ada sapa boleh halang - walaupun projek membazirkan wang rakyat Malaysia!!! Malaysia boleh!!

Monday, August 1, 2011

Pertemuan khas dengan YB Lau

Selasa, 2 Ogos - Atas permintaan bertalu-talu akhirnya YB Lau Weng San ,ADUN angkat zon KKB telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan JATIKAP secara eksklusif. Pertemuan ini adalah untuk membincangkan isu-isu yang berbangkit dari ke semasa yang melibatkan perlbagai pihak. Antara yang perlu diketengahkan ialah projek perumahan Tmn Desa Bukit Bujang. Setelah isu Cf dapat diselesaikan, kini timbul isu lanjutan pembinaan projek fasa 2 dan seterusnya. Selain daripada itu isu melibatkan kerja-kerja pembangunan yang akan dijalankan dlm mukim Ampang Pecah dan tidak terkecuali isu kerenah Kelab Rukun Tetangga terhadap JATIKAP. Diharapkan melalui pertemuan ini YB akan lebih mengenali JKKK Ampang Pecah dan memahami perjuangan yang tidak pernah selesai.