Saturday, December 18, 2010

Program Kitar Semula - Sisa sifar

Program anjuran RCOMM bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan & Majlis Daerah Hulu Selangor telah di adakan di Padang Awam, Bukit Beruntung pada hari Sabtu 18 Disember 2010 bermula awal pagi hingga ke petang. Pelbagai acara telah diatur untuk kanak-kanak TADIKA, pelajar sekolah dan orang awam. Demonstrasi mengitar semula bahan buangan (sampah) - sisa makan utuk dijadikan baja serta lain2 produk dari bahan buangan turut dipamerkan. jKKK Ampang Pecah telah dihadiri oleh 3 orang wakil. JATIKAP akan mengadakan usahasama dengan RCOMM untuk membangunkan beberapa projek kitar semula yang akan dijalankan di semua taman dalam mukim Ampang Pecah bermula tahun 2011.

Tuesday, December 14, 2010

Operasi BRAP

14 Dis 2010, Selasa - Satu operasi memberishkan kawasan dalam dan luar Balai Raya Ampang Pecah 9BRAP) telah diadakan jam 3 petang. Hadir bersama 6 ahli JK walaupun SMS dihantar kepada semua JK awal pagi tadi. Dalam masa yang singkat itu, Bilik Gerakan telah dapat diadakan, disamping membersihkan kawasan keliling balai raya yang tidak pernah diusik sejak tahun 2008. Mulai 2011, pengurusan JATIKAP akan berpusat di BRAP. Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan aktiviti ini.

Saturday, December 11, 2010

Minggu 2 Disember

12.12.10, Ahad - 2.30 ptg -Jemputan Jamuan Teh sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Selangor di Klang. 5 orang ahli JKKK mewakili Mukim Ampang Pecah.
14.12.10, Selasa - Operasi bersih Balai Raya Ampang Pecah, 3 petang.
18.12.10, Sabtu - Hari Kitar Semula di Bukit Beruntung

Friday, December 10, 2010

MESYUARAT JK 9/10


Mesyuarat JK JATIKAP kali ke 9 dan yang terakhir untuk tahun 2010 telah diadakan hari ini Jumaat 10 Disember 2010 di Balai Raya Ampang Pecah. Mesyuarat yang asal dijadualkan dijalankan di Balai Raya Kampung Orang Asli Pertak terpaksa dipindahkan ke Ampang Pecah kerana dihalang oleh Pengarah JHEOA Selangor, Em Masuari. Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh Ketua PAS Cawangan Ampang Pecah dan ADO Nur Azura Saat (PLB) disamping kehadiran tetap Penghulu KKB En Rusmi Minhat dan wakil MDHS En Ariffin Yaakob. Mesyuarat bermula jam 3.45 petang dengan perbincangan hangat untuk menutup tirai tahun 2010. Beberapa cadangan perancangan untuk tahun 2011 turut dibentangkan. Mesyuarat berakhir jam 5.15 petang. Pengerusi merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua AJK yang wakil-wakil jabatan yang telah memberi kerjasama sepanjang tahun 2010 untuk kebaikan penduduk mukim Ampang Pecah.

Wednesday, December 8, 2010

BENGKEL LA 21 & PEMBANGUNAN MAMPAN

Satu sesi bengkel Local Agenda 21 dan Pembangunan Mampan Daerah Hulu Selangor sedang berlangsung di Hotel Awana, Genting Highlands bermula hari ini 8 Disember hingga 9 Disember 2010. Pengisian lebih kepada pembentnagan kertas kerja oleh beberapa pihak yang telah berjaya melaksanakan LA 21 khusunya MBPJ. Sesi bengkel mencambah idea sedang dijalankan pada sebelah malam bermula 8 mlm. JKKK Ampang Pecah dihadiri oleh Pengerusi, Setiausaha & Sdr Ameer
.

Saturday, December 4, 2010

Minggu 1 Disember

8/12/10, Rabu - 3 wakil JKKK Ampang Pecah menghadiri seminar LA21 anjuran MDHS di Hotel Awana, Genting selama 2 hari.
9/12/10, Khamis -
10/12/10 - Jumaat - Mesyuarat JK kali ke 9 akan diadakan di Balai Raya Kampung Orang Asl Pertak bermula 3 petang. Lokasi diubah di saat akhir ke Balai Raya Ampang Pecah sebeb tidak mendapat keizinan Pengarah JHEOA Selangor.

Friday, December 3, 2010

Harapan kepada Taman Bukit Bujang

Satu sesi pertemuan dengan kontraktor projek perumahan Taman Bukit Bujang - Rampai Budi Jaya Sdn Bhd - telah diadakan pagi tadi di Pejabat Daerah & Tanah Hulu Selangor. Punca masalah CF taman tersebut tidak dikeluarkan telah dikenalpasti. JKKK selaku pemaju terpakasa bertindak cepat untuk menangani isu ini dengan mengambil tindakan susulan segera agar CF kepada penduduk sedia ada dapat diserahkan dan pembangunan projek dapat diteruskan. Harapan cerah untuk penduduk terlibat mendapat CF tidak lama lagi, InsyaAllah.

Sunday, November 21, 2010

PROGRAM SEHARI BERSAMA JKKK -SUKSES












21 Nov 2010, Ahad - Program yang dirancangkan sejak bulan September telah dapat dilangsungkan pada hari ini dengan jayanya. Dalam keadaan cuaca yang terang disinari matahari terik, program yang bermula seawal 8.30 pagi telah dipenuhi dengan pelbagai acara. Selain ucapan-ucapan, beberapa pihak telah menerima sumbangan daripada JATIKAP termasuk bapa tunggal, ibu tunggal, OKU, calon UPSR (5A) , hadiah pertandingan rumah ceria dan anak-anak yatim. Kiosk-kiosk maklumat oleh PDRM, Pej Kesihatan, Majlis Daerah & Pejabat Daerah (khusus untuk MES), Imigresen & tidak ketinggalan Kolej Komuniti Hulu Selangor. Diselangi sumbangan lagu-lagu karaoke, cabutan bertuah untuk pengunjung telah dibuat sementara pelbagai juadah disediakan untuk dinikmati bersama. Pengunjung adalah seramai lebih kurang 500 orang. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah memberi sokongan dan kerjasama bagi menjayakan program ini.

TINJAUAN KE KAMPUNG-KAMPUNG

JK telah sempat meninjau kerosakan yang perlu perhatian kerajaan negeri bawah seliaan PLB di Kampung Dagang Setia, Kampung Kelapa, Kampung Orang Asli Buloh Telor dan Kampung Orang Asli Pertak. Laporan kerosakan jalan, longkang dan yang berkaitan akan disampaikan kepada pihak yang berkenaan dalam masa terdekat.

Friday, November 12, 2010

Minggu 2 November

12 November 2010 (Jumaat) - Mesyuarat telah diadakan bermula 3.15 petang bertempat di Balai Raya Taman Ampang Pecah. Perbincangan secara mendalam berhubung program Sehari Bersama JKKK dengan beberapa keputusan telah dicapai antaranya :
1. Sumbangan kepada bapa dan ibu tunggal
2. Sumbangan kepada OKU
3. Sumbangan /hadiah kepada calon UPSR 5A
4. Hadiah rumah ceria
5. Sumbangan untuk korban 2010
6. Perintis program PILI BOMBA ANGKAT
Selain daripada itu perkara-perkara lain turut dibincangkan yang melibatkan pengurusan & Pembangunan Insan kampung ini.
Turut hadir dalam mesyuarat kali ini Sdr Ariffin Yaacob, wakil MDHS dan Sdr Rusmi Minhat, Penghulu KKB.
13 November 2010 (Sabtu) - Jemputan ke Majlis Penyerahan Lembu Korban kepada masjid-masjid di Hulu Selangor oleh Menteri Besar bertempat di Stadium KKB bermula jam 10.30 pagi

Friday, October 29, 2010

PROGRAM SEHARI BERSAMA JATIKAP

Program SEHARI BERSAMA JKKK AMPANG PECAH (JATIKAP) & JAMUAN RAYA KORBAN 2010 akan diadakan pada Hari Ahad bertarikh 21 November 2010 bertempat di Kawasan Lapang Taman Tanjak (bersebelahan Gelanggang Futsal) bermula pukul 10.00 pagi. Semua penduduk dalam mukim Ampang Pecah adalah dijemput hadir. Program ini akan membuka ruang kepada penduduk untuk berkenalan dengan AJK JKKK Ampang Pecah selain mendapatkan informasi berkaitan program-program yang akan didedahkan oleh pelbagai pihak. Kesempatan juga turut diberikan kepada semua golongan penduduk untuk beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin yang akan turut turun padang pada hari tersebut. Jamuan sempena Hari Raya Korban disediakan secara percuma. Peluang dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin membekalkan juadah (dibayar sepenuh oleh JKKK) pada hari tersebut dengan mengisi borang yang boleh didapati daripada AJK JKKK atau di Masjid (L) AL-Hidayah Ampang Pecah. Tarikh tutup permohonan ialah pada 6 November 2010.
'JATIKAP PEMANGKIN PEMBANGUNAN KOMUNITI SETEMPAT"

Saturday, October 23, 2010

Minggu 4 Oktober

24 Okt,Ahad - rombongan lawatan sambil kerja masih berada di Aqua Inn, Larian Denari Sungai Selangor untuk meninjau projek pinggir sungai Perlis yang dibangunkan oleh JPS sebagai projek pelancongan. Hari kedua ini akan digunakan untuk meneliti setiap sudut kawasan ini dan dokumentari khas akan dibuat untuk tontonan JPS Selangor.
28 Okt, Khamis - Pengerusi dan Setiausaha telah menghadiri Program Gerakan Membaca Peringkat Daerah Hulu Selangor. SU turut mewakili Mukim Ampang Pecah dalam slot PENGKISAHAN SEJARAH TEMPATAN menceritakan antara punca kejadian Kuala Kubu Tenggelam.
29 Okt, Jumaat - Sekali lagi Pengerusi & Setiausaha menghadiri satu Taklimat Skim MikroKredit (SKIMSEL) yang telah diadakan di Dewan Serbaguna KKB bermula jam 9.00 pagi. Selepas majlis tersebut Pengerusi selaku Ketua Kampung telah bersama ketua-ketua kampung lain bertolak ke Shah Alam untuk menghadiri Program Pendemokrasian Ekonomi Negeri Selangor.

Monday, October 18, 2010

Minggu 3 Oktober


18 Okt.2010 , Isnin - Kunjungan kerja ke Kolej Komuniti Hulu Selangor berbincang dengan Pengarah En Roslan bin Nordin tentang beberapa usahasama yang akan dijalinkan antara JKKK Ampang Pecah dengan pihak KKHS. Antara yang dipersetujui pada peringkat awal ini ialah :
1. Projek Denai Larian Alor Lempah
2. Projek ternakan lembu dan kambing
3. Projek fitugasi - cili
4. Projek Pasar Malam / Pasar Tani
5. Penyertaan dalam program 1 Hari Bersama JKKK yang akan dilangsungkan pada 21 November 2010.
Perbincangan susulan akan dilakukan dari semasa ke semasa.
19 Okt.2010 , Selasa - Satu sesi pertemuan beberapa AJK telah diadakan malam ini untuk membincangkan dan membuat keputusan muktamad lawatan ke Perlis.
20 Okt.2010, Rabu - Ziarah keluarga PPRT jam 9 malam untuk menyampaikan sumbangan. 22 Oktober 2010, Jumaat - Ziarah keluarga mualaf di Kampung Kelapa - Pasangan Mohd Lazim & Norain pada 8 mlm untuk disampaikan sumbangan.

23 Oktober 2010, Sabtu - Lawatan sambil kerja ke Kangar Perlis diadakan seperti mana dirancangkan.

Saturday, October 9, 2010

Minggu 2 Oktober


13/10, Rabu - Mesyuarat JK Kali ke 7 telah diadakan di Taman Desa Bukit Bujang. Mesyuarat kali ini turut dihadiri En Chng Boon Lai, wakil YB Ean dan seorang ahli majlis MDHS. Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan Program Sehari Bersama JKKK & Jamuan Raya Korban pada hari Ahad 21 November 2010 bertempat di Kawasan Lapang Taman Tanjak bermula jam 10.00 pagi. Majlis tidak formal ini akan diisi dengan slot pendedahan oleh pelbagai pihak termasuk PDRM, Bomba, Kesihatan, Kem Pengguna dll. disampiang hidangan jamuan sempena hari raya korbon. Mesyuarat JK Pelaksana akan diadakan pada Hari Selasa 26 Oktober 2010 jam 8.30 mlm di Balai Raya Taman Desa Bukit Bujang.
Mesyuarat turut memutuskan program lawatan ke Perlis akan diteruskan sama ada dengan menaiki bas atau kereta. Projek membangunkan kawasan Alor Lempah perlu diperlihatkan kepada JK dan pegawai JPS sebelum projek ini direalisasikan.

Saturday, October 2, 2010

Minggu 1 Oktober

3/10 Ahad - Pengerusi, Setiausaha dan seorang ahli JK, Azni Effendy melaporkan diri untuk menghadiri Seminar Kepenggunaan di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands selama 2 hari.
4/10 Isnin - Wakil JKKk masih di Seminar Kepenggunaan.
5/10 Selasa - Pengerusi,Setiausaha dan ramai JK telah menziarahi ke rumah ahli kariah di Taman Ampang Indah, Arwah Adnan bin Dolgani , yang telah meninggal dunia awal petang tadi.
6/10 Rabu - JK JKKK turut mengiringi jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam KKB pada 10 pagi hari ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya.
7/10 Khamis - Oleh kerana PMR telah bermula pada 5 Oktober, maka majlis bacaan Yassin & Solat Hajat telah disempurnakan pada 3 Oktober 2010 (Ahad) bertempat di Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah.
8/10 Jumaat -
9/10 Sabtu -

Monday, September 20, 2010

Minggu 3 Bulan September

20.09.10 - Isnin - Mesyuarat JK kali ke 6 tahun 2010 telah diadakan di Balai Raya Kampung Kelapa bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Beberapa keputusan penting telah dicapai iaitu:
1. Program Sehari Bersama JKKK yang dijadualkan pada 3.10.10 akan dibincang semula apabila peruntukan yang dijanjikan oleh YB Ean diterima sebanyak RM10K.
2. Program Lawatan ke Perlis akan diadakan pada 21-23 Oktober 2010. Peluang turut ditawarkan kepada wakil JKKK KKB, JPS, MDHS dan Pej Daerah. Keputusan muktamad untuk pengesahkan penyertaan ialah pada 15 Oktober 2010
3. Program Bacaan Yassin pusingan di Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah ialah pada 7 Oktober 2010 dan untuk menggantikan program gotong royong Majlis Solat Hajat untuk pelajar PMR, SPM dan STPM akan diadakan pada hari Ahad 10 Oktober 2010.
4. Mesyuarat kali ke 7 akan diadakan pada 15 Oktober 2010 (Jumaat) di Balai Raya Taman Bukit Bujang.
20.09.10 - Ziarah rumah Allahyarham Shabuddin di Kampung Kelapa yang meninggal pada petang hari yang sama.
24.09.10 - Zirah rumah Allahyarham Zainuddin Md Sahar di Jalan Pahang yang kembali ke rahmatullah awal pagi hari ini.

Tuesday, September 7, 2010

Sunday, September 5, 2010

Minggu 1 September

5/09, Ahad - Ziarah jenazah dan ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Nasaruddin, Nazir Masjid Ar-Rahimah, KKB atas pemergian ke rahmatullah anak saudara beliau bertempat di Kampung Kelapa pada jam 5 petang.

6/09, Isnin - Selepas solat sunat tarawih, pengerusi , S/U dan seorang lagi AJK (Sdr Ameer) telah menziarah anak ahli kariah yang kemalangan pada minggu lepas di Taiping. Amiruddin Sohor, staf MDHS terlibat dalam kemalangan dihimpit lori ketika meunggang motosikal ketika dalam perjalanan menjalankan tugasan untuk pengajian PJJnya. Keadaannya semakin pulih dan rawatan lanjutan di jalankan di Hospital Sg Buloh. Didoakan beliau cepat sembuh.


Wednesday, September 1, 2010

Awal September

01.09.10 ,Rabu - Mulai hari ini ahli JKKK akan bertarawih di surau-surau dalam Mukim Ampang Pecah. Bermula dengan Masjid(L) Al-Hidayah Ampang Pecah,
2/09 .Khamis -Surau Taman Damai dan
3/09 , Jumaat -Surau Taman Desa Bukit Bujang.
Majlis penyampaian sumbangan moreh oleh JKKK telah disempurnakan oleh Pengerusi JKKK Mukim Ampang Pecah

Sunday, August 22, 2010

Ogos MInggu 3

24 Ogos Selasa - 9.30 pagi Pengerusi JKKK bersama AJK telah menziarah ke rumah ahli kariah ke kediaman Pak Ya Sate yang kematian isteri, Pn Rahmah bt Ali, lebih dikenali Kak Ani. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
3.00 ptg - Bertempat di Rumah Rehat Kerajaan KKB, Pengerusi, S/U dan 3 orang JK telah menghadiri Majlis Dialog Selangor Blueprint Untuk tahun 2011-2013 Bersama Rakyat di 12 Pihak Berkuasa Tempatan. Sesi dialog berakhir dengan majlis iftar sumbangan Exco negeri Selangor.
28 Ogos - Bencana puting beliung melanda Kampung Paya Dalam. Walaupun terletak dalam mukim KKB, Pengerusi & Setiausaha JKKK Ampang Pecah turut hadir untuk memberi bantuan seadanya dari segi khidmat nasihat kepada mangsa bencana. Dahan-dahan pokok durian telah menghempap bumbung rumah mangsa mengakibtkan kerosakan pada bumbung dan siling rumah terlibat. Penglibatan JKKK Ampang Pecah adalah sekadar menjalinkan kerjasama dengan JKKK KKB dalam mengatasi masalah yang dihadapi masyarakat setempat.
Kami turu menziarahi seorang penduduk OKU yang tinggal bersendirian di kampung itu.

Sunday, August 8, 2010

Minggu 2 Ogos

8 Ogos, Ahad - Gotong Royong di Taman Damai dijalankan seperti dirancang.

Thursday, August 5, 2010

Minggu 1 Ogos

Khamis 5 Ogos - Surau Taman Damai, Majlis Bacaan Surah Yassin, tahlil dan doa selamat bersama JKKK Ampang Pecah diadakan selepas solat Maghrib.
Jumaat 6 Ogos - Balai Raya Taman Damai - Mesyuarat JKKK Ampang Pecah kali ke 5/2010 bermula jam 3 petang.
Sabtu 7 Ogos - Program Gotong Royong di 2 taman dalam Mukim Ampang Pecah - Taman Desa Bukit Bujang dan Taman Ampang Indah - bertujuan membersihkan surau/ masjid untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Saturday, July 24, 2010

Minggu 4 Julai

29 Julai, Khamis - Pengerusi & Setiausaha telah menghadiri satu Program Lawatan Pemahaman Dasar Kerajaan bagi JKKK Kpg Tradisi dan Ketua Komuniti Kaum India Negeri Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan I-City, Seksyen 7, Shah Alam. Rombongan telah bertolak dari perkarangan masjid KKB pukul 7.30 pagi dan sampai ke destinasi pada jam 9.30 pagi. Selepas bersarapan, rombongan seramai 16 orang dari Hulu Selangor dan Kuala Langat telah diberi beberapa taklimat tentang program kerajaan negeri dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor bermula dengan lawatan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - taklimat tentang Program Hadiah Pengajan IPT, Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya ke Seksyen Sektoral - taklimat bantuan Industri kecil Sederhana , Pertanian, kerajaan Prihatin, Kemiskinan, Kesihatan dan Skim mesra Usia Emas. Selepas makan tengahari. rombonga di bawa ke I- City di mana taklimat TAWAS/YAWAS telah disampaikan oleh pihak pengurusan. Rombonga bertolak balik jam 4.30 ptg.

Tuesday, July 20, 2010

Minggu 3 Julai

20hb Selasa -
5.30 ptg Ziarah dan sumbangan balu kematian suami di Taman Damai.
21hb Rabu - 5.30 ptg - Ziarah ahli kariah yang sakit di Taman Ampang Indah

Wednesday, July 14, 2010

Mesyuarat kali ke 4

Mesyuarat JKKK kali ke 4 seadng berlangsung di Balai Raya Taman Desa Bukit Bujang,KKB. Kehadiran adalah menggalakkan terumtamanya dari wakil-wakil jabatan kerajaan. Bermula 3 petang hingga 4.30 petang berkisar kepada laporan wakil-wakil jabatan.

Sunday, July 11, 2010

Minggu 2 Bulan Julai





11 Julai - Ahad - Program gotong royong pusingan pertama telah diadakan di Taman Desa Bukit Bujang bermula 9.00 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi. Kerja-kerja membersihkan sekitar kawasan Balai Raya dilakukan bersama oleh penduduk taman dan ahli JKKK Ampang Pecah.
15 Julai - Khamis - Mesyuarat JK kali ke4 dijangka akan diadakan di Balai Raya Taman Bukit Bujang bermula 2.30 petang.

Friday, July 9, 2010