Friday, October 29, 2010

PROGRAM SEHARI BERSAMA JATIKAP

Program SEHARI BERSAMA JKKK AMPANG PECAH (JATIKAP) & JAMUAN RAYA KORBAN 2010 akan diadakan pada Hari Ahad bertarikh 21 November 2010 bertempat di Kawasan Lapang Taman Tanjak (bersebelahan Gelanggang Futsal) bermula pukul 10.00 pagi. Semua penduduk dalam mukim Ampang Pecah adalah dijemput hadir. Program ini akan membuka ruang kepada penduduk untuk berkenalan dengan AJK JKKK Ampang Pecah selain mendapatkan informasi berkaitan program-program yang akan didedahkan oleh pelbagai pihak. Kesempatan juga turut diberikan kepada semua golongan penduduk untuk beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin yang akan turut turun padang pada hari tersebut. Jamuan sempena Hari Raya Korban disediakan secara percuma. Peluang dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin membekalkan juadah (dibayar sepenuh oleh JKKK) pada hari tersebut dengan mengisi borang yang boleh didapati daripada AJK JKKK atau di Masjid (L) AL-Hidayah Ampang Pecah. Tarikh tutup permohonan ialah pada 6 November 2010.
'JATIKAP PEMANGKIN PEMBANGUNAN KOMUNITI SETEMPAT"

Saturday, October 23, 2010

Minggu 4 Oktober

24 Okt,Ahad - rombongan lawatan sambil kerja masih berada di Aqua Inn, Larian Denari Sungai Selangor untuk meninjau projek pinggir sungai Perlis yang dibangunkan oleh JPS sebagai projek pelancongan. Hari kedua ini akan digunakan untuk meneliti setiap sudut kawasan ini dan dokumentari khas akan dibuat untuk tontonan JPS Selangor.
28 Okt, Khamis - Pengerusi dan Setiausaha telah menghadiri Program Gerakan Membaca Peringkat Daerah Hulu Selangor. SU turut mewakili Mukim Ampang Pecah dalam slot PENGKISAHAN SEJARAH TEMPATAN menceritakan antara punca kejadian Kuala Kubu Tenggelam.
29 Okt, Jumaat - Sekali lagi Pengerusi & Setiausaha menghadiri satu Taklimat Skim MikroKredit (SKIMSEL) yang telah diadakan di Dewan Serbaguna KKB bermula jam 9.00 pagi. Selepas majlis tersebut Pengerusi selaku Ketua Kampung telah bersama ketua-ketua kampung lain bertolak ke Shah Alam untuk menghadiri Program Pendemokrasian Ekonomi Negeri Selangor.

Monday, October 18, 2010

Minggu 3 Oktober


18 Okt.2010 , Isnin - Kunjungan kerja ke Kolej Komuniti Hulu Selangor berbincang dengan Pengarah En Roslan bin Nordin tentang beberapa usahasama yang akan dijalinkan antara JKKK Ampang Pecah dengan pihak KKHS. Antara yang dipersetujui pada peringkat awal ini ialah :
1. Projek Denai Larian Alor Lempah
2. Projek ternakan lembu dan kambing
3. Projek fitugasi - cili
4. Projek Pasar Malam / Pasar Tani
5. Penyertaan dalam program 1 Hari Bersama JKKK yang akan dilangsungkan pada 21 November 2010.
Perbincangan susulan akan dilakukan dari semasa ke semasa.
19 Okt.2010 , Selasa - Satu sesi pertemuan beberapa AJK telah diadakan malam ini untuk membincangkan dan membuat keputusan muktamad lawatan ke Perlis.
20 Okt.2010, Rabu - Ziarah keluarga PPRT jam 9 malam untuk menyampaikan sumbangan. 22 Oktober 2010, Jumaat - Ziarah keluarga mualaf di Kampung Kelapa - Pasangan Mohd Lazim & Norain pada 8 mlm untuk disampaikan sumbangan.

23 Oktober 2010, Sabtu - Lawatan sambil kerja ke Kangar Perlis diadakan seperti mana dirancangkan.

Saturday, October 9, 2010

Minggu 2 Oktober


13/10, Rabu - Mesyuarat JK Kali ke 7 telah diadakan di Taman Desa Bukit Bujang. Mesyuarat kali ini turut dihadiri En Chng Boon Lai, wakil YB Ean dan seorang ahli majlis MDHS. Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan Program Sehari Bersama JKKK & Jamuan Raya Korban pada hari Ahad 21 November 2010 bertempat di Kawasan Lapang Taman Tanjak bermula jam 10.00 pagi. Majlis tidak formal ini akan diisi dengan slot pendedahan oleh pelbagai pihak termasuk PDRM, Bomba, Kesihatan, Kem Pengguna dll. disampiang hidangan jamuan sempena hari raya korbon. Mesyuarat JK Pelaksana akan diadakan pada Hari Selasa 26 Oktober 2010 jam 8.30 mlm di Balai Raya Taman Desa Bukit Bujang.
Mesyuarat turut memutuskan program lawatan ke Perlis akan diteruskan sama ada dengan menaiki bas atau kereta. Projek membangunkan kawasan Alor Lempah perlu diperlihatkan kepada JK dan pegawai JPS sebelum projek ini direalisasikan.

Saturday, October 2, 2010

Minggu 1 Oktober

3/10 Ahad - Pengerusi, Setiausaha dan seorang ahli JK, Azni Effendy melaporkan diri untuk menghadiri Seminar Kepenggunaan di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands selama 2 hari.
4/10 Isnin - Wakil JKKk masih di Seminar Kepenggunaan.
5/10 Selasa - Pengerusi,Setiausaha dan ramai JK telah menziarahi ke rumah ahli kariah di Taman Ampang Indah, Arwah Adnan bin Dolgani , yang telah meninggal dunia awal petang tadi.
6/10 Rabu - JK JKKK turut mengiringi jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam KKB pada 10 pagi hari ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya.
7/10 Khamis - Oleh kerana PMR telah bermula pada 5 Oktober, maka majlis bacaan Yassin & Solat Hajat telah disempurnakan pada 3 Oktober 2010 (Ahad) bertempat di Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah.
8/10 Jumaat -
9/10 Sabtu -