Monday, March 15, 2010

Mac 16

Isnin - Pada malam ini jam 9.30 JKKK Ampang Pecah (atau singkatannya JATIKAP) telah mengadakan mesyuaratnya untuk kali pertama tahun 2010. Mesyuarat dipengerusikan oleh Sdr. Rihajuddin bin Anwar selaku Pengerusi JATIKAP 2010. Satu perubahan besar telah dibuat dalam mesyuarat ini iaitu pengambilalihan tugas Setiausaha daripada Sdr Ahmad Shahril Akmar bin Ahmad Rashdi kepada Tn Syed Hassan bin Hj Syed Mohamad. Pengerusi dan JK seluruhnya telah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sdr Ahmad Shahril yang telah memberi sumbangan khidmat bakti beliau yang tidak ternilai kepada JKKK selama 2 tahun ini. Mesyuarat kali ini juga banyak membincangkan pembangunan yang akan dimohon bagi pihak penduduk Mukim Ampang Pecah, program-program untuk tahun 2010 dan pelbagai agenda lain yang berkaitan dengan Kemajuan dan Keselematan Kampung Mukim Ampang Pecah.