Thursday, June 23, 2011

BALAI RAYA DALAM MUKIM MUKIM AMPANG PECAH





Balai rayaTaman Desa Bukit Bujang - keadaan sekarang . Menimbulkan isu kerana ada pihak (NGO) membuat dakwaan penggunaan balairaya dihalang oleh JKKK. Cerita sebenarnya pihak yang membuat dakwaan ada berhutang dengan JKKK kerana menggunakan balai raya sejak tahun 2010 tanpa mahu membayar caj yang dikenakan untuk bayaran letrik dan air. Semua urusan pengurusan balai raya terletak dipertanggungjawabkan, kepada JKKK Ampang Pecah, makanya JKKK yang tidakada sumber kewangan tetap perlu mengenakan caj yang munasabah untuk menampung tujuan tersebut. Walau bagaimanapun kepada penduduk setempat, penggunaan balai raya adalah percuma. Selepas ditambahbaik.

Balai raya Taman Damai...keadaan sekarang. ..... selepas ditambahbaik.


Balairaya Taman Ampang Pecah... keadaan sekarang..papan tanda nama pun dah lusuh.
Kini dah berseri sikit. dan .....Balairaya Kpg Kelapa...baru dinaiktaraf tetapi masih belum dikenali ramai.JKKK Ampang Pecah (JATIKAP) sedang berusaha untuk menambahbaik kekurangan yang ada sekarang, InsyaAllah.

Mesy JK bulan Jun

Jumaat,24 Jun 2011- Mesyuarat kali ke 6/2001 diadakan di Bilik Gerakan JKKK Ampang Pecah. Turut hadir dalam mesyuarat kali ini ialah wakil IPD KKB, Balai Bomba, MDHS. Komuniti Bestari Bukit Bujang & Penghulu KKB. Antara keputusan yang dicapai untuk tindakan seterusnya ialah:
1. Pertemuan dengan calon-calon PPRT pada 5 Julai 2011(Selasa) jam 9 malam di Balai Raya Taman Ampang Pecah melibatkan kira-kira 40 orang. Serentak dengan itu akan diadakan mesyuarat JKKK kali ke 7.
2. Gotong Royong membersihkan Tapak Perkuburan Islam di Batu Tajam,Taman Ampang Indah pada 23 Julai 2011(Sabtu) dengan kerjasama semua pihak yang berminat.
3. Pihak Ibu Pejabat Polis KKB menasihatkan kepada yang akan mengadakan Majlis Walimatul Urus agar berwaspada atau membuat rondaan sekitar kawasan majlis diadakan untuk mengelak daripada berlaku kes kecurian. 2 keas telah berlaku di Taman Damai dengan modus operandi memecah cermin untuk mencuri barang kemas dan wang semasa acara kemuncak paluan kompang mengiringi rombongan pengantin. Sebarang insiden sila hubungi talian 03-60641222.
4. Sempena menyambut bulan Ramadah Al-Mubarak dan Syawal yang semakin hampir, JKKK memohon kerjasama semua pihak agar dapat memberi maklumat tentang jiran-jiran yang memerlukan bantuan seperti ibu tunggal, OKU dan yang berkaitan untuk urusan bantuan sekadar yang boleh bagi meringankan bebanan.
5. Sebagai tanda penghargaan dan ucapan tahniah kepada anak-anak ahli kariah Ampang Pecah yakni calon-calon PMR dan SPM yang mencapai keputusan cemerlang -5A ke atas, JKKK akan menyumbangkan hadiah menyambut Hari Raya dalam satu majlis yang akan diaturkan. Mereka yang tersenarai ialah :
i.Bismi Amir bin Mohd Razif -PMR - 7A
ii. Maizatul Amira bt Janil -PMR -8A
iii. Mohd Erfi bin Ramli - PMR -7A
iv. Norzurekha bt Mursal - SPM - 8A
v. Nuramirah Izzati bt MuhamadNorazam - SPM - 5A
6. Progam yang melibatkan rakyat iaitu Menteri Besar Selangor turun Padang pada 1 Julai 2011 akan diadakan pada pukul 3 ptg di Dewan Dato Hamid Batang Kali. Pengangkutan akan disediakan. Jika berminat berdialog dengan MB sila hubungi Ketua Kampung di talian 019-3807290 segera sebelum 30 Jun 2011.
7, Kempen Pili Angkat Bomba - sedang diusahakan oleh JATIKAP. Kepada yang berhajat untuk menjadi pili bomba depan rumah sebagai penjaga, sila hubungi Setiausaha di talian 017-3159636.
8. Projek tong sampah bersangkar - JATIKAP telah mendapat sebut harga untuk memasang satu sangkar bersama tong sampaih hitam dengan kos RM150 bertujuan mengelak daripada masalah bungkus sampah diganggu anjing liar. Surat nakluman dan tempahan akan diedarkan dalam masa terdekat.