Selasa,29.11.11 - Mesyuarat kali ke 2 berkaitan projek perumahan Taman Desa Bukit Bujang diadakan pagi hari ini bermula 11 pagi hingga lewat petang. Beberapa perkara telah dipersetuju bersama antara JATIKAP selaku pemaju projek dan ARKD sebagai kontraktor projek. Konsesus yang dicapai adalah:
1. 14 unit rumah yang tergendala pembinaannya adalah dalam proses akhir pembaikan. Dijangkakan boleh diserahkan sebelum tahun ini berakhir. JATIKAP akan membantu dari segi mendapatkan CF.
2. Permohonan seramai 103 orang telah dihantar kepada SUK untuk kelulusan melalui Pejabat Daerah HS. Kekosongan adalah sebanyak 85 unit rumah sahaja. Keputusan dicapai untuk proses mennandatangani Pra perjanjian dengan serahan RM3K sebagai wang pengesahan tempahan dan pemilihan lot antara 10.12.11 hingga 10.1.12. Tawaran pembelian akan ditutup pada 10 Disember 2011. Pemohonan terkemudian (batch ke 2) akan diserahkan untuk kelulusan selepas tarikh itu.
3. Kos rumah untuk cengal 3 dengan sedikit perubahan pada design rumah akan ditentukan sebelum 10.1.12. Sementara itu kos rumah cengal 4 dengan perubahan besar pada designnya akan ditentukan kemudian daripada itu.
4. Satu perjanjian persefahaman baru akan ditandatangani antara JATIKAP dan ARKD.
Kepada pemohon yang telah menyatakan keinginan untuk memiliki rumah di TDBB, diminta bersedia dengan dokumen-dokumen sokongan untuk menandatangani Pra Perjanjian seperti :
1. salinan 3 bulan penyata gaji / penyata bank
2. surat dari majikan (jika pekerja swasta)
3. Surat pengesahan kelayakan pinjaman dari ketua jabatan (kakitangan kerajaan) -nyatakan negeri atau persekutuan
4. Borang J - Lembaga Hasil Dalam Negeri
5. RM3000 sebagai commitment fees - akan dijadikan wang pendahuluan semasa Perjanjian Jual Beli ditandatangani kemudiannya.
Bersabarlah untuk menerima panggilan daripada ARKD dalam masa terdekat ini.
No comments:
Post a Comment