Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ampang Pecah telah ditubuhkan pada bulan Mac 2008 di bawah pentadbiran negeri yang baru. JKKK berperanan menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti di Mukim Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu ini.
Friday, December 30, 2011
MAJLIS HI-TEA MAKAN PULUT DURIAN
Jumaat,30.12.11 - Diambang tahun baru 2012, JATIKAP dengan kerjasama ARKD telah mengadakan Majlis Hi-Tea Makan Pulut Durian bertempat di Balai Raya Tmn Desa Bukit Bujang. Seawal 3 ptg tetamu dari pelbagai kaum mula hadir memenuhi jemputan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Penyelaras DUN Batang Kali dan Hulu Bernam. Turut hadir ialah Pengurus ARKD bersama stafnya yang sedang giat membangunkan semula projek perumahan yang terbiar sejak sekian lama. Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan penganjur amat berpuas hati dengan jumlah kehadiran ke majlis ringkas tetapi amat bermakna kepada semua yang terlibat.
Tuesday, November 29, 2011
Mesy kali ke 2 ARKD-JATIKAP
Selasa,29.11.11 - Mesyuarat kali ke 2 berkaitan projek perumahan Taman Desa Bukit Bujang diadakan pagi hari ini bermula 11 pagi hingga lewat petang. Beberapa perkara telah dipersetuju bersama antara JATIKAP selaku pemaju projek dan ARKD sebagai kontraktor projek. Konsesus yang dicapai adalah:
1. 14 unit rumah yang tergendala pembinaannya adalah dalam proses akhir pembaikan. Dijangkakan boleh diserahkan sebelum tahun ini berakhir. JATIKAP akan membantu dari segi mendapatkan CF.
2. Permohonan seramai 103 orang telah dihantar kepada SUK untuk kelulusan melalui Pejabat Daerah HS. Kekosongan adalah sebanyak 85 unit rumah sahaja. Keputusan dicapai untuk proses mennandatangani Pra perjanjian dengan serahan RM3K sebagai wang pengesahan tempahan dan pemilihan lot antara 10.12.11 hingga 10.1.12. Tawaran pembelian akan ditutup pada 10 Disember 2011. Pemohonan terkemudian (batch ke 2) akan diserahkan untuk kelulusan selepas tarikh itu.
3. Kos rumah untuk cengal 3 dengan sedikit perubahan pada design rumah akan ditentukan sebelum 10.1.12. Sementara itu kos rumah cengal 4 dengan perubahan besar pada designnya akan ditentukan kemudian daripada itu.
4. Satu perjanjian persefahaman baru akan ditandatangani antara JATIKAP dan ARKD.
Kepada pemohon yang telah menyatakan keinginan untuk memiliki rumah di TDBB, diminta bersedia dengan dokumen-dokumen sokongan untuk menandatangani Pra Perjanjian seperti :
1. salinan 3 bulan penyata gaji / penyata bank
2. surat dari majikan (jika pekerja swasta)
3. Surat pengesahan kelayakan pinjaman dari ketua jabatan (kakitangan kerajaan) -nyatakan negeri atau persekutuan
4. Borang J - Lembaga Hasil Dalam Negeri
5. RM3000 sebagai commitment fees - akan dijadikan wang pendahuluan semasa Perjanjian Jual Beli ditandatangani kemudiannya.
Bersabarlah untuk menerima panggilan daripada ARKD dalam masa terdekat ini.

Wednesday, November 16, 2011
Pembangunan di Kampung Ampang Pecah
Sehingga akhir bulan Oktober, JATIKAP telah mendapat beberapa projek sumbangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menafaat penduduk di taman-taman perumahan yang terlibat. Projek-projek yang telah siap dilaksanakan adalah:
1. Baikpulih Gelanggang Sepak Takraw di Taman Ampang Pecah.
2. Pagar tembok Balairaya Taman Damai.
3. Pagar temgok Balairaya Taman Desa Bukit Bujang.
4. Gelanggang Futsal di Taman Desa Bukit Bujang.
Sehubungan dengan itu satu sesi perbincangan dengan wakil penduduk dan belia TDBB telah diadakan pada 7.11.11 (Isnin) untuk melantik JK Penaja bagi menubuhkan Pergerakan Belia Bukit Bujang. PBBB akan diamanahkan untuk menguruskan gelanggang futsal ini kelak setelah diserahkan oleh Pejabat Daerah Hulu Selangor kepada JATIKAP.
Lain-lain projek yang telah diluluskan dan menanti kerja-kerja dimulakan termasuk:
1. Gelanggang sepak takraw di TDBB
2. Gelanggan Bolatampar di TDBB
3. Baikpulih dan pagar temgok Balairaya Taman Ampang Pecah.
JATIKAP ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah memulangkan hasil negeri untuk dinikmati bersama oleh rakyat negeri ini.

Mesy Pembangunan TDBB
Selasa, 15.11.11 - Satu sesi perbincangan antara JATIKAP dan kontraktor projek perumahan Tmn Desa Bukit Bujang telah diadakan untuk mencapai persetujuan bagi meneruskan pembangunan di TDBB. Persetujuan telah dicapai untuk :
i. membaikpulih 14 unit rumah yang telah dirosakkan dek vandalisme untuk serahan sebelum akhir 2011 (seperti dijanjikan dalam siaran SINAR pada 13.4.11)
ii. tambahan rumah dalam kawasan kosong sebanyak 24 unit pada harga bermula RM120K akan diteruskan pembinaan dengan kos infra ditanggung oleh kontraktor dan
iii. tambahan unit rumah dengan harga yang akan ditentukan mengikut design yang baru untuk memenuhi permintaan pasaran masa kini. Seramai lebih 100 bakal pembeli telah membuat tempahan bagi memiliki rumah di TDBB. Tindakan susulan akan diambil oleh JATIKAP dan kerja-kerja pembinaan sudah pun dimulakan oleh pihak ARKD.

Mesy JK kali ke 11
Khamis, 10.11.11 - Mesyuarat JK kali ke 11 telah diadakan di Balai Raya Taman Damai. Balai raya yang baru didirikan pagar dan dibekalkan dengan kerusi meja menjadi pilihan tempat mesyuarat kali ini untuk memberi peluang kepada JK menyaksikan sendiri perubahan yang telah dibawa oleh JATIKAP untuk penduduk Taman Damai. Mesyuarat kali ini masih membincangkan perkara-perkara yang sedang dan akan dijalankan dari semasa ke semasa termasuk aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Aktivti terdekat ialah Majlis Dialog dan Serahan CF berbaki kepada pemilik Taman Desa Bukit Bujang yang dicadangkan pada 20 November 2011 (bergantung kepada keadaan balai raya yang masih dalam pembinaan pagarnya).
Saturday, October 15, 2011
BENGKEL PENGURUSAN STRATEGIK DESA
Jumaat - Ahad (14 - 16 Oktober 2011) -Bengkel anjuran Institut Kajian Dasar bertempat di Hotel Quality, Shah Alam. Bengkel dihadiri oleh semua Ketua Kampung , Pengerusi & Setiausaha JKKK. Pengisian bengkel adalah pelbagai tetapi fokus utamanya ialah teknik merancang pengurusan strategik untuk memenangkan PR dalam PRU 13 di Hulu Selangor.
Sunday, September 25, 2011
JAMUAN RAYA & SERAH CF

Thursday, September 8, 2011
Mesy JK ke 9
Jumaat, 9.9.11 - Mesyuarat akan diadakan di Balai Raya Taman Desa Bukit Bujang. Turut diundang AJK JKKK KKB untuk membolehkan mereka menyelesaikan kemelut yang dihadapi sejak 2 tahun lalu. Semoga dapat dirungkaikan.
Wednesday, August 24, 2011
Pemberian Sumbangan diteruskan..
Rabu,24.Ogos 2011 - Sumbangan hamper dan duit raya dari MDHS diteruskan hari ini yang berlangung di Balai Raya Taman Ampang Pecah. Bersampingan dengan itu turut disampai sumbangan YB Lau Weng San yang diwakilkan kepada Sdr Chng Boon Lai berupa cek untuk kegunaan penerima sumbangan., 2 OKU telah menerima sumbangan duit raya, satu keluarga yang menghadapi masalah kewangan serta seorang pelajar IPTA menerima sumbangan pendidikan. Aktiviti ini amat bersesuai dengan konsep Negeri Berkebajikan yang diamalkan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.
Sunday, August 21, 2011
SUMBANGAN RAYA MDHS

Ahad, 21. 8.11 - Unit Belia MDHS telah menyampaikan sumbangan hari raya kepada kumpulan asnaf fakir yang tinggal dalam zon KKB. JATIKAP telah diminta bekerjasama untuk menjayakan program ini.Seramai 11 penerima telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan yang telah diadakan di hadapan Gerai 10 Tmn Ampang Pecah. Turut hadir Ahli Majlis Pn Jesse bersama pegawai unit berkenaan. Secara simbolik sumbangan telah diterima oleh Ketua Kampung Ampang Pecah merangkap Pengerusi JATIKAP.
Thursday, August 18, 2011
PROGRAM MENYUSURI KASIH 2011

1. peserta tiba di MAHAP
2. agih kepada keluarga angkat
3. gotong royong masak bubur lambuk

5. Tazkirah, Tarawih, moreh, halaqah al-quran
6. Bermalam di rumah keluarga angkat
7.Qiamulail dan bersahur
8. Kuliah Subuh
9. Motivasi untuk pelajar SMKAP
10. Majlis Penutup Program oleh Pengarah Darul Quran.

Saturday, August 13, 2011
Mesy JK & Majlis Iftor
Sabtu,3.8.11 - Mesyuarat kali ke 8 telah diadakan di rumah bendahari bermula 5.30 ptg, Tujuan pemilihan tempat ini adalah untuk sekali gus meraikan majlis iftor di bulan ramahan al-mubarak ini, Mesyarat berjalan lancar menepati waktu yang ditetapkan dengan mencapai beberapa ketetapan seperti berikut :
1. segerakan pendaftaran Persatuan Penduduk Taman Damai - untuk urusan tuntutan CF
2. segerakan pendaftaran Koperasi
Mesyuarat berakhir dengan berbuka puasa, solat maghrib dan makan malam. Ucapan terima kasih kepada tuan rumah.

Tuesday, August 9, 2011
Sumbangan Bulan Ramadhan diteruskan
![]() |
Di Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah |
![]() |
Di Surau As-Sakinah Tmn Damai |
![]() |
wakil pemenerima hadiah |
![]() |
Di Surau AssaodahtulSalam TDBB |
Friday, August 5, 2011
ICU membazirkan wang rakyat Malaysia

Monday, August 1, 2011
Pertemuan khas dengan YB Lau
Selasa, 2 Ogos - Atas permintaan bertalu-talu akhirnya YB Lau Weng San ,ADUN angkat zon KKB telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan JATIKAP secara eksklusif. Pertemuan ini adalah untuk membincangkan isu-isu yang berbangkit dari ke semasa yang melibatkan perlbagai pihak. Antara yang perlu diketengahkan ialah projek perumahan Tmn Desa Bukit Bujang. Setelah isu Cf dapat diselesaikan, kini timbul isu lanjutan pembinaan projek fasa 2 dan seterusnya. Selain daripada itu isu melibatkan kerja-kerja pembangunan yang akan dijalankan dlm mukim Ampang Pecah dan tidak terkecuali isu kerenah Kelab Rukun Tetangga terhadap JATIKAP. Diharapkan melalui pertemuan ini YB akan lebih mengenali JKKK Ampang Pecah dan memahami perjuangan yang tidak pernah selesai.
Wednesday, July 27, 2011
Sehari di SUK

Isnin,25.7.11 - Usaha demi usaha dilakukan untuk memastikan projek Tmn Desa Bukit Bujang dapat diteruskan sehingga siap semuanya. Selepas tidak mendapat kata putus daripada Pegawai Daerah, terpaksa pula panjat ke tingkat 15 SUK untuk berjumpa dengan PA YB Iskandar untuk bincang jalan2 terbaik agar hajat tercapai. Diajukan pula untuk naik ke tingkat 21 - Pejabat Menteri Besar dan berjumpa dengan SU Khas MB. Ini adalah langkah2 awal kerana apa pepatah mengatakan "Langkah pertama adalah pengharapan, tidak melangkah langsung tak ada harapan".
Friday, July 22, 2011
Akhirnya berita gembira buat TDBB
Jumaat,22 Julai 2011 - Berkat hari Jumaat, selepas bertahun-tahun menanti, berbulan-bulan naik turun pejabat MDHS, akhirnya pada hari ini perjuangan JKKK Ampang Pecah untuk mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (CF) untuk penduduk Taman Desa Bukit Bujang telah menjadi kenyataan. Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengeluarkan CF yang dinanti-nanti selama lebih 11 tahun. Isu ini turut dijadikan bahan ejekan pelbagai pihak yang mencabar JKKK Ampang Pecah selama hampir 3 tahun mengambil alih pengurusan JKKK Ampang Pecah. Dalam masa 3 tahun masalah yang berlarutan selama lebih 10 tahun dapat diselesaikan dengan baik. Ucapan terima kasih kepada pihak MDHS terutama Sdr Wahab dari Unit Pembangunan dan YDP MDHS kerana kerjasama yang diberikan untuk mencapai hasrat yang kian lama terpendam. Tahniah kepada penduduk Taman Desa Bukit Bujang dan terima kasih kepada JKKK Ampang Pecah atas usaha yang telah dibuktikan menjadi kenyataan. Permohonan untuk mendapat CF Individu yang diamanahkan urusannya kepada JKKK Ampang Pecah masih dibuka. Majlis penyerahan SIJIL ini akan disempurnakan sempena Sambutan Jamuan Hari Raya pada bulan September 2011 nanti..InsyaAllah.

Thursday, July 21, 2011
Mesy JK Ke 7
Selasa, 19.7.11 - Mesyuarat telah diadakan mulai jam 8.30 mlm dengan turut dihadiri oleh Penghulu KKB. Banyak perkara telah dicapai persetujuan bersama selain maklumat-maklumat terkini yang disampaikan oleh Tok Penghulu. Antaranya :
1. Pertandingan membina blog JKKK, bermula Julai hingga Ogos 2011
2. Pertandingan memberi nama projek perumahan mampu milik - maklumat diberi pada 19 Julai tarikh tutup 30 Jun 2011 - penin!!!
3. Program untuk hari Sabtu 23.7.11 - memperkasakan desa di Dewan Serbaguna KKB - terbuka kepada sesiapa saja yang ingin sertai,
4. Operasi pemotongan bil air oleh Syabas -18/7/11 hingga 25/7/11 dan maklumat yang paling menyukakan ialah kelulusan projek tambahbaik balai raya di TAP, TDBB & TD dan pembinaan gelanggang permainan di TDBB.
Sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak, JKKK telah merancang beberapa aktiviti antaranya -
1.Penyampaian sumbangan moreh kepada surau bermula pada 3/8/11 di Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah, 7/8/11 di surau Taman Damai dan 9/7/11 di surau Taman Desa Bukit Bujang,
2. Penyampaian sumbangan hadiah pelajar cemerlang PMR & SPM 2010 - kiraduit raya la tu.
Dalam pada itu semua isu berkaitan yang belum selesai masih dalam proses pelaksanaan spt projek tong sampah bersangkat, penubuhan JKP & koperasi, buletin JKKK dsb. Turut menggembirakan ialah permohonan CF untuk TDBB telah diluluskan dan majlis penyerahan CF Individu (kepada yang telah membayar sahaja) akan disempurnakan sempena majlis jamuan sambutan hari raya aidil fitri pada bulan September 2011.

Tuesday, July 12, 2011
Monday, July 4, 2011
PERTEMUAN JKKK-PENGHULU-PPRT
Selasa, 5.7.11 - Majlis ini akan diadakan pada malam hari ini bermula pukul 9.30 mlm. Majlis bertujuan bersua muka dengan peserta PPRT Fasa 1 selepas bertahun-tahun tidak pernah diadakan pertemuan seperti ini. Ada beberapa perkara yang disampaikan oleh Tok Penghulu KKB kepada peserta PPRT yang tidak pernah kesampaian. Diharapkan pada malam ini juga maklumat terkini peserta dalam dikumpulkan untuk rujukan masa depan.. dari segi penyampaian bantuan kepada yang memerlukan. JATIKAP juga sedang berusaha untuk membuka satu lagi projek PPRT berhampiran tapak yang sedia ada.
Hasil pertemuan banyak info diperolehi dari segi keadaan peserta, kawasan tempat tinggal yang dipinggirkan masuk 10 tahun, masalah yang dihadapi dsb. Satu perkara yang dapat diatasi, sebarang masalah dihadapi peserta PPRT seharusnya disampaikan kepada Ketua Kampung untuk tindakan sewajarnya. Di akhir pertemuan, peserta tidak pulang dengan tangan kosong. Sumbangan pakaian yang diedarkan kepada mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)