Friday, August 5, 2011

ICU membazirkan wang rakyat Malaysia








Sabtu,6 Ogos - ICU adalah badan yang mewakili kerajaan persekutuan bagi menurunkan projek-projek di negeri Pakatan Rakyat. Satu projek yang diluluskan ICU ialah kerja-kerja menggantikan calvet kepada longkang berbentuk U di simpang masuk ke Taman Desa Bukit Bujang, KKB menelan belanja RM40K (menurut kata YDP MDHS). Kenapa dikatakan projek pembaziran? Alasan yang diberikan adalah kerana projek ini diminta oleh KRT TDBB atas sebab kononnya aduan penduduk Taman Damai mengatakan limpahan air melintas jalan utama masuk ke taman mereka apabilla hujan lebat. Yang menjadi persoalan ialah punca berlaku limpan air adalah kerana longkang menghala ke tempat takungan dan seterusnya ke sungai telah lama tersumbat. Pihak MDHS baru sahaja meluluskan kontrak membersihkan longkang yang berkaitan. Ada juga yang mendakwa longkang tersebut di bawah penyelenggaran JKR. Tidakkah lebih baik peruntukan tidak sampai sebanyak itu dibagi untuk membersihkan longkang-longkang yang tersumbat daripada membuat sesuatu langkah yang tidak relevan seperti mengganti calvet kepada longkang berbentuk U dengan menggunakan penutup besi. Yang lebih merisaukan JKKK ialah projek perumahan di TDBB masih belum siap sepenuhnya. Jika sekiranya pemeriksaan dibuat oleh pihak-pihak berkenaan dan didapati bahagian ini yang telah disahkan dalam pelan asal kini berubah tanpa kelulusan JKR atau MDHS, siapakah yang akan bertanggungjawab? Atas maksud itu JKKK telah mencuba untuk meminta pihak berkenaan untuk menangguhkan kerja-kerja tersebut sehingga hari Isnin untuk mendapatkan kepastian dan dokumen-dokumen sokongan untuk rujukan di masa hadapan tetapi gagal kerana projek in projek ICU - tak ada sapa boleh halang - walaupun projek membazirkan wang rakyat Malaysia!!! Malaysia boleh!!

1 comment:

  1. Pembentung asal jenis paip berukuran 5 kaki garis panjang (diameter). Pembentung baru yang dipasang jenis kotak berukuran 900mm x 900mm (kurang dari 3 kaki x 3 kaki)
    Tujuan projek: Penambahbaikkan pembentung sedia ada untuk menghalang air melimpah ke taman damai/ jalan hamzah.
    Pembentung kekotak yang dipasang saiznya lebih kecil dari yang kami pasang.
    ini namanya penambahburukan dan bukannya penambahbaikan.
    Kemungkinan bila air hujan lebat luarbiasa di dalam kawasan bukit bujang/tokong cina berlaku, air akan melimpah kerana pembentung baru lebih kecil dari asal. Sepatutnya guna pembentung yang lebih besar saiz nya.
    Infra talikom telah dirosakkkan.
    Kita ada 4 jenis kerajaan. 1. Kerajaan Persekutuan, 2. Kerajaan Negeri. 3. Kerajaan Tempatan. dan 4 Bukan kerajaan.
    Kita tidak menghalang mana mana pihak untuk buat penambah baikan. Tetapi semua pihak kena gunakan channel / procedure yang telah ditetapkan.
    Kalau ICU nak buat kerja kerja penyelengaraan, kita tak ada masalah. ICU kena minta kelulusan Majlis. Majlis kena professional dan kaji liukisan cadangan dan tak boleh biarkan saja ICU nak buat apa dia suka.
    Mana logicnya kulvert yang besar diganti dengan culvert yang kecil.
    Sekarang nasi dah jadi bubur. Paip pembentung saiz 5 kaki diameter digantikan dengan box kulvert kurang 3 kaki lebar dan 3 kaki dalam. Kemungkinan akan berlaku limpahan air keatas jalan kerana box culvert yang baru bersaiz kecil.
    Box culvert yang baru dibina mungkin akan hancur di binasakan oleh kepala air.
    Ini salahguna kuasa. Tak ada ke ahli majlis nak buat lapuran polis dan lapuran ke SPRM. Kuasa kerajaan tempatan (Majlis Daerah Hulu Selangor) diperlekeh oleh Jabatan ICU.
    Fikir fikirkan
    Mereka dah memerintah lebih 50 tahun, mereka tidak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Depa ingan semua yang mereka buat tu betul. This is clear cut arrogance and stupidity. Menghabiskan duit pembayar cukai - PROJEK MANAGER TDBB

    ReplyDelete