Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ampang Pecah telah ditubuhkan pada bulan Mac 2008 di bawah pentadbiran negeri yang baru. JKKK berperanan menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti di Mukim Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu ini.
Friday, July 22, 2011
Akhirnya berita gembira buat TDBB
Jumaat,22 Julai 2011 - Berkat hari Jumaat, selepas bertahun-tahun menanti, berbulan-bulan naik turun pejabat MDHS, akhirnya pada hari ini perjuangan JKKK Ampang Pecah untuk mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (CF) untuk penduduk Taman Desa Bukit Bujang telah menjadi kenyataan. Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengeluarkan CF yang dinanti-nanti selama lebih 11 tahun. Isu ini turut dijadikan bahan ejekan pelbagai pihak yang mencabar JKKK Ampang Pecah selama hampir 3 tahun mengambil alih pengurusan JKKK Ampang Pecah. Dalam masa 3 tahun masalah yang berlarutan selama lebih 10 tahun dapat diselesaikan dengan baik. Ucapan terima kasih kepada pihak MDHS terutama Sdr Wahab dari Unit Pembangunan dan YDP MDHS kerana kerjasama yang diberikan untuk mencapai hasrat yang kian lama terpendam. Tahniah kepada penduduk Taman Desa Bukit Bujang dan terima kasih kepada JKKK Ampang Pecah atas usaha yang telah dibuktikan menjadi kenyataan. Permohonan untuk mendapat CF Individu yang diamanahkan urusannya kepada JKKK Ampang Pecah masih dibuka. Majlis penyerahan SIJIL ini akan disempurnakan sempena Sambutan Jamuan Hari Raya pada bulan September 2011 nanti..InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment