Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ampang Pecah telah ditubuhkan pada bulan Mac 2008 di bawah pentadbiran negeri yang baru. JKKK berperanan menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti di Mukim Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu ini.
Sunday, April 22, 2012
Gotong Royong ...
Sabtu, 21.04.12 - bertempat di balai raya Tmn Desa Damai, satu aktiviti telah diadakan selama 2 hari mulai hari ini sehingga esok 22.04.12 iaitu menghasilkan bahan berasaskan ikan dan kacang soya. Sesi pertama, seramai lebih 35 orang yang hadir telah berjaya membuat fishball, kek ikan dan nugget ikan. Keesokan harinya, mereka telah beraya menghasilkan air kacang soya, taufufa dan tauhu. Program ini adalah dengan kerjasama Kolej Komuniti Hulu Selangor dan peserta yang dianugerahkan sijil kehadiran sebagai tanda terima kasih dan kejayaan menimba ilmu. Semoga program ini akan melahirkan lebih ramai pembuat bebola ikan,kek ikan, nugget ikan, air soya, taufufa & tauhu yang bersih dan halalan toibah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment