Thursday, January 5, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

JATIKAP ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua yang melayari weblog ini.  Kerja untuk rakyat diteruskan walau hari cuti menjelang tahun baru dan selepas melangkah ke tahun baru. Usaha masih diteruskan untuk mendapat kepastian tentang projek pembangunan di TDBB dengan menemui Pegawai Daerah dan Tanah Hulu Selangor.
Rabu,21.12.11 pertemuan diatur dan berjaya mendapat janji akan selesaikan perkara berkaitan permohonan tukar nama pemilik dan pemohon baru untuk pembangunan 84 lot tanah dalam Fasa 1 akan dimajukan ke SUK sebelum23/12/11. Permohonan perlu dibuat oleh ARK bagi membeli tanah selebihnya untuk pembangunan seterusnya mengikut kehendak kerajaan negeri masa kini.
Rabu, 4.1.12 - pertemuan dengan ADO Saiful yang ditugaskan oleh Peg Daerah untuk selesaikan isu ini. Beliau bersedia untuk segerakan permohonan ke EXCO dengan syarat dibuat semakan Borang 5A  dan sebutharga harga rumah yang akan didirikan dapat diserahkan kepada beliau dengan segera.
Dengan pertemuan ini harapan menjadi semakin cerah kemelut ini dapat diselesaikan pada tahun 2012. Satu lagi kejayaan cemerlang buat JATIKAP.

No comments:

Post a Comment