Saturday, April 30, 2011

YB lawat kawasan ^ Mesy Penaja JK Penduduk

Sabtu,30.4.11 - Petang tadi selepas mengadakan mesyuarat bersama Penyelaras DUN KKB, YB Lau Weng San telah meluangkan masa melawat ke 4 balai raya yang ada dalam mukim Ampang Pecah. Lawatan kerja ini dibuat berikutan permohonan JKKK Ampang Pecah dengan jumlah yang agak besar bagi mengisi kekosongan di balai raya pada masa kini. Ketiadaan kerusi meja, papan kenyataan dsb amat menyusahkan penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti. Dari lawatan ini juga YB telah melihat sendiri kedaifan balai raya yang tiada berpagar atau papan tanda sehinggakan YB sendiri berpendapat keadaan perlu dibaiki.
Pada sebelah malamnya pula, JKKK Ampang Pecah telah menganjur satu pertemuan penduduk Taman Damai dan Taman Desa Bukit Bujang bagi tujuan membentuk satu jawatankuasa penaja Persatuan Penduduk yang akan didaftarkan secepat mungkin. Majlis turut dihadiri Ahli Majlis Jessie selain Pengerusi serta Setiausaha JATIKAP.

Thursday, April 28, 2011

Perkongsian bersama YDP MDHS

Khamis,28.4.11 - Satu pertemuan bersama YDP MDHS, Tn Tukiman bin Nail dengan wakil ARK Dev. dan JATIKAP telah berlangsung selama hampir 1 jam dengan hasil yang amat positif. YDP memberi jaminan CF untuk Taman Desa Bukit Bujang sudah tidak menjadi masalah besar untuk dikeluarkan. Tarikh disasarkan 7 Mei 2011. Majis penyerahan rasmi kepada penduduk terlibat akan diatur secepat mungkin. Berikut itu isu CF untuk Taman Damai turut dibangkit. YDP bersedia berbincang semula dan memberi kelonggaran kepada syarat-syarat uyang diperlukan. Langkah terdekat ialah penubuhan JK Persatuan Penduduk dengan mesy JK Penaja akan diadakan pada hari Sabtu 30.4.11 nanti, Lain-lain perkara berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat JKKK adalah dalam perhatian dan sedang diambil tindakan mengikut kesesuaian insiden. JATIKAP merakamkan ucapan penghargaan kepada Tn Tukiman atas kesudian menerima dan berbincang demi kesejahteraan rakyat dalam kariah Ampang Pecah.

Monday, April 25, 2011

Pertemuan dengan YB LAu Weng San

Isnin,25.4.11 - Satu pertemuan kemesraan antara wakil JATIKAP - Pengerusi, Setiausaha & Biro Pembangunan - telah diadakan petang tadi bersama YB Lau Weng San - ADUN Kpg Tunku yang juga merupakan Penyelaras ADN KKB. Banyak isu telah dapat dirungkaikan berkaitan permohonan peruntukan, isu pengurusan dalaman selain dapat berkenalan antara satu sama lain. Hasil pertemuan adalah amat positif untuk jalinan kerjasama di masa hadapan.

Sunday, April 24, 2011

PROGRAM SPIES JKKK FASA 2

24.4.11, Ahad - Program SPIES JKKK Negeri Selangor 2011 Fasa II telah berlangsung selama 2 hari bermula Sabtu 23.4.11 hingga Ahad 24.4.11. Program diadakan di Kem Bina Semangat,KKB. Majlis dirasmikan oleh YB Yaacob Safari, EXCO JK Tetap Pemodenan Pertaniam Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan. Program diisi dengan pelbagai acara untuk menaikkan semangat JKKK Hulu Selangor agar berkhidmat untuk masyarakat pimpinan mereka.

Friday, April 15, 2011

MESYUARAT JK KALI KE 4

Jumaat,15.4.11 - Mesyuarat kali ke4 telah diadakan di Bilik Gerakan JKKK Ampang Pecah. Turut dijemput ke mesyuarat kali ini - Ahli Majlis MDHS, Pengerusi Komuniti Kaum India, 2 syarikat yang berjaya mendapat kontrak memotong rumput - ZKZ Ent. & Gerachi Jaya Ent. Beberapa isu telah dibincang dan dipersetujui bersama antara JKKK dan pihak terlibat demi kebaikan dan hak rakyat yang membayar cukai. Program-program yang telah dirancang oleh JKKK akan diteruskan dari semasa ke semasa. Isu CF Taman Desa Bukit Bujang sudah hampir selesai. Langkah-langkah ke arah menbekal pembeli rumah dengan CF tetap akan bermula pada esok hari (Sabtu) di Balai Raya TDBB. Setiap pemilik rumah akan mendapat sijil CF Tetap secara individu dan proses ini memerlukan kerjasama pemilik rumah untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan termasuk dijelaskan cukai taksiran & salinan geran tanah. Kontraktor projek turut yakin dengan kerjasama yang diberikan oleh Pegawai Daerah Hulu Selangor, projek ini akan dapat diteruskan dalam masa terdekat akan menjadi kenyataan. Inilah usaha JKKK yang tidak mampu disekat oleh mana-mana pihak yang ingin terus melihat projek pembesaran kampung TDBB sebagai satu projek terbengkalai.

ADUAN PEMBELI RUMAH DI SINAR

Rabu,13.4.11 - Seorang pembeli rumah di Taman Desa Bukit Bujang telah membuat aduan di akhbar SINAR. Khamis,14.4.11 - Satu pertemuan bersama pengadu, wartawan SINAR, wakil kontraktor projek & JKKK telah berjaya diadakan sehari selepas aduan disiarkan. Segala kesilapan dalam kenyataan di akhbar telah dapat dibetulkan. Wakil kontaktor telah memberi jaminan projek ini akan diteruskan dan pembeli boleh memasuki rumah sebelum akhir tahun ini.