Monday, January 31, 2011

Sumbangan Buku Latihan & Hamper TBC

Isnin, 31.1.11 - JATIKAP telah dapat menyumbangkan buku-buku latihan percuma yang telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri yang berkebajikan. Beberapa orang murid sekolah dari keluarga yang berpendapatan rendah telah dikenalpasti dan telah disampaikan terus di rumah masing-masing. Usaha sebegini dapat memberi gambaran sebenar kepada ibubapa mereka akan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. Di samping itu JATIKAP turut menyumpang hamper kepada 4 buah keluarga kaum Cina sempena menyambut Tahun Baru Cina pada Khamis 3.2.11 nanti. Penerima terdiri daripada keluarga susah, anak2 yatim dan balu yang keseorangan. Terpancar wajah ceria daripada mereka yang menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi JATIKAP merangkap Ketua Kampung Mukim Ampang Pecah, Sdr Rihajuddin bin Anwar Khan. Semoga pemberian yang tidak seberapa ini dapat menyerikan sambutan TBC tahun ini.

Friday, January 21, 2011

Mesyuarat Pertama 2011

20.1.2011, Khamis - Bilamana orang lain sedang bersama keluarga di hari cuti begini, Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Ampang Pecah terpaksa meluangkan masa menghadiri mesyuarat untuk kali pertama tahun 2011. Walaupun ahlinya tinggal 7 orang, mesyuarat diteruskan antara lain untuk mencari ganti kepada ahli-ahli yang menarik diri daripada menjadi AJK atas sebab-sebab sendiri. Mesyuarat kali ini telah mencapai beberapa konsensus untuk dilaksanakan dalam masa terdekat. Antara keputusan yang dicapai :
i. Program ziarah & sumbangan hamper kepada keluarga kaum Cina sempena Tahun Baru Cina,
ii.Surat menyurat kepada pelbagai pihak - aduan, cadangan program dan tindakan susulan aduan tahun 2010.
iii. Mengemaskini pengurusan balai raya dalam mukim Ampang Pecah.
iv. Mengerakkan penubuhan Persatuan Penduduk Taman-taman.
v. Cadangan penubuhan Koperasi Pertanian Mukim Ampang Pecah (KOPMAP)
vi. Perubahan telah buat dengan melantik Pn Hjh Faridah bt Mat Hashim sebagai Bendahari baru JATIKAP.
vii. Lain-lain isu yang dibangkitkan oleh ahli.
Mesyuarat ditangguhkan pada kira-kira 6 petang.
Jika tiada aral melintang mesyuarat bulan depan ialah pada 18 Februari 2011.

Monday, January 17, 2011

Projek bersama RCOMM

JATIKAP sedang merancangkan untuk menjalankan beberapa projek yang berkaitan LA21. projek2 yang akan dijana melibatkan penduduk2 taman2 dalam mukim Ampang Pecah. Antara projek yang telah dikenalpasti termasuk :
1. Menternak ikan
2. Nursery
3. Baja compose
4. Kitar semua minyak
5. Hasil bahan buangan - kertas, botol, dsb
6. Solar panel
7. Rain harvesting.
8. Projek naiktaraf kawasan Alor Lempah sebagai kawasan perkelahan dan tarikan pelancong
Projek2 yang dicadangkan akan dijalan oleh JATIKAP bersama RCOMM - badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja KITAR SEMULA. Perbincangan dan lawatan ke tapak projek telah dibuat bersama kedua2 pihak pada Sabtu lalu, 8 Januari 2011.

Tuesday, January 4, 2011

Program Ziarah

Program ziarah tahun 2011 bermula dengan rombongan Pengerusi, SU dan AJK menziarah mantan siak masjid kkb, Hj Saari bin Lebam yang tinggal di Taman Ampang Indah. Beliau sedang mengalami masalah organ prostate, pundi kencing yang yang berkaitan menyebabkan pengerakan beliau agak terbatas. Masih di bawah pemeriksaan Hospital Besar KL dan Hosp Sg Buloh dari semasa ke semasa. Kami mendoakan kesihatan beliau akan pulih seperti sediakala.