Friday, January 21, 2011

Mesyuarat Pertama 2011

20.1.2011, Khamis - Bilamana orang lain sedang bersama keluarga di hari cuti begini, Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Ampang Pecah terpaksa meluangkan masa menghadiri mesyuarat untuk kali pertama tahun 2011. Walaupun ahlinya tinggal 7 orang, mesyuarat diteruskan antara lain untuk mencari ganti kepada ahli-ahli yang menarik diri daripada menjadi AJK atas sebab-sebab sendiri. Mesyuarat kali ini telah mencapai beberapa konsensus untuk dilaksanakan dalam masa terdekat. Antara keputusan yang dicapai :
i. Program ziarah & sumbangan hamper kepada keluarga kaum Cina sempena Tahun Baru Cina,
ii.Surat menyurat kepada pelbagai pihak - aduan, cadangan program dan tindakan susulan aduan tahun 2010.
iii. Mengemaskini pengurusan balai raya dalam mukim Ampang Pecah.
iv. Mengerakkan penubuhan Persatuan Penduduk Taman-taman.
v. Cadangan penubuhan Koperasi Pertanian Mukim Ampang Pecah (KOPMAP)
vi. Perubahan telah buat dengan melantik Pn Hjh Faridah bt Mat Hashim sebagai Bendahari baru JATIKAP.
vii. Lain-lain isu yang dibangkitkan oleh ahli.
Mesyuarat ditangguhkan pada kira-kira 6 petang.
Jika tiada aral melintang mesyuarat bulan depan ialah pada 18 Februari 2011.

No comments:

Post a Comment