Mesyuarat JK kali pertama telah diadakan pada 06.03.15 sebaik sahaja perlantikan semula Ketua Kampung merangkap Pengerusi JATIKAP disahkan. Mesyuarat pertama adalah sesama ahli JK sahaja untuk menyusun semula biro-biro bagi tahun 2015.
Mesyuarat JK kali kedua telah diadakan pada 03.04.15 dengan turut dijemput MDHS, Penghulu dan PDRM. JATIKAP amat berbesar hati kerana Ketua Balai KKB ASP Mohd Razip sudi menghadiri mesyuarat ini. Banyak info yang telah disampaikan untuk makluman JATIKAP demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk Ampang Pecah.
JKKK Ampang Pecah HS
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ampang Pecah telah ditubuhkan pada bulan Mac 2008 di bawah pentadbiran negeri yang baru. JKKK berperanan menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti di Mukim Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu ini.
Monday, April 6, 2015
Wednesday, April 1, 2015
Kegiatan JATIKAP terhenti!!!
Semua kegiatan JATIKAP terhenti bermula 1.1.2015 kerana Ketua Kampung selaku Pengerusi JATIKAP dan Setiausaha telah mendapat surat penamatan tugas bermula 31.12.2014. Semua mesyaurat, aktiviti, tuntutan dan pengeluaran wang tergendala seketika atas gangguan teknikal ini. Perkara ini berlanjutan sehingga akhir bulan Februari 2015 bila mana perlantikan Ketua Kampung baru dibuat oleh pihak Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor dan jawatan dalam percubaan selama 6 bulan dikenakan ke atas semua Ketua Kampung yang lama dan baru dilantik berkuatkuasa bulan Mac 2015.
Mesyuarat pertama telah dapat diadakan pada 6 Mac 2015 untuk membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2015. Antaranya ialah Sambutan Hari Guru, Sumbangan Ramadhan & Hari Raya, Sumbangan hadiah kecemerlangan akademik, lawatan (candat sotong di Terengganu), korban di Kampuchea dan Umrah disamping program kemasyarakatan yang biasa dijalankan.

Sunday, December 7, 2014
PERASMIAN PISAP
Ahad, 7 Disember 2014 - Satu lagi tahirk bersejarah bilamana YB Lee Kee Hiong ADUN KKB telah sempurna merasmikan projek yang diilhamkan awal tahun 2014 - PUSAT INFORMASI SEJARAH AMPANG PECAH (PISAP). Seusai acara perasmian, hadirin dihidangkan dengan pengkisahan sejarah ampang pecah oleh orang sumber Tn Hj Hairi bin Mohd Sab, taklimat keselamatan oleh PDRM diwakili oleh Sjn Noorizam dan informasi jaminan masa depan dalam insuran tafakul oleh Sdr Nagarajan. Majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan dengan kehadiran 98% daripada jangkaan. Terima kasih kepada semua yang hadir.
Thursday, June 19, 2014
ziarah ahli jatikap
Jumaat, 20.06.14- Ziarah Sdr Ameer ahli jatikap yang diserang mild stroke jumaat lepas. Kini beransur pulih atas doa rakan2 dan usaha urut fisiotrapi di Ulu Yam.
Friday, June 13, 2014
Penilaian Prestasi Balairaya
Khamis, 29.05.14 Penilaian prestasi balairaya peringkat daerah hulu selangor.
Jumaat, 13.06.14 - Program bersama UITM Shah Alam bermula 9.00 malam dgn sesi motivasi utk pelajar spm & pmr.
Peserta 11 orang termasuk 2 orang pensyarah.
Sabtu, 14.06.14 - Gotong royong membersihkan balairaya ampang pecah bermula 9.00 pagi.

Monday, September 9, 2013
Sunday, July 21, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)