
Jumaat,22 Jun 2012 - Majlis Hi-Tea meraikan bekas ahli dan ahli sedia ada JKKK telah diadakan pada petang hari ni di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands. Seramai 10 orang bersama ahli keluarga telah hadir bagi menyerikan majlis yang diadakan sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dan sedang disumbangkan selama ini.