Sunday, May 23, 2010

Aktiviti Bulan Mei

16 Mei (Ahad) 10.30 pagi - Lawatan ke Kpg Sg Damar - untuk meninjau masalah yang dihadapi penduduk di sana dan bantuan yang boleh diberikan oleh JKKK Ampang Pecah.
17 Mei 2010 (Isnin) 9.30 mlm - Ziarah saudara baru - Sdr Muhamad Ali bin Abdullah di Taman Ampang Pecah
.
21 Mei 2010 (Jumaat) 9.30 pagi - Tindakan susulan JKKK Ampang Pecah membantu Sdr Muhamad Ali berurusan dengan pihak MAIS berhubung bantuan kewangan untuk meringkan beban tanggungan beliau sekeluarga.

23 Mei 2010 (Ahad) 9.30 pagi - Gotong Royong membersihkan kawasan Balai Raya Taman Damai Utama. S/U turut meninjau masalah dan keperluan penduduk taman ini untuk tindakan susulan JKKK Ampang Pecah.
23 Mei 2010 (Ahad) - 2.30 petang - Ziarah ahli kariah Sdr Ariffin Yaacob di Taman Ampang Indah setelah sekian lama mengalami strok. Alhamdulillah keadaan beliau semakin pulih.

23 Mei 2010 (Ahad) 3.30 ptg - Meninjau kawasan perkuburan Islam lama di Batu Tajam, Taman Ampang Indah. JKKK Ampang Pecah sedang berusaha untuk memulihkan dan membuka semula tanak perkuburan ini untuk kegunaan penduduk setempat pada masa akan datang.

27 Mei 2010 (Khamis) - 10 mlm - Ziarah keluarga PPRT di Taman Ampang Indah. Pemilik rumah Pn Nafisatul Nur bt Abdullah. – ketiadaan suami kerana masalah keluarga. Tinggal bersama 4 orang anak – 3 perempuan, 1 lelaki. Anak sulung Borhan Bee bt Azmil Ting 6 di SMKKKB, tinggal bersama nenek (Rahimah),anak kedua Suzana Bee bt Azmil Ting 5 di SMKAP, anak ke3 lelaki – MujiburRahman bin Azmil tingkatan 3 di SMKAP dan anak ke 4 Nurizah bt Azmil Tahun 6 di SKAP. Pn Nafisatul kini berkerja di Pejabat Kesihatan KKB dengan pendapatan <>1000.00 sebulan. JKKK Ampang Pecah telah menyumbang barang keperluan rumah untuk membantu keluarga ini.


28 Mei 2010 (Jumaat) 6.00 petang - Ziarah ahli kariah kematian suami – bertempat di Taman Damai, KKB. Arwah Md Nizar telah kembali ke Rahmatullah pada awal petang hari ini di hospital KKB. Jenazah dibawa balik ke rumah di Taman Damai dan upacara pengkebumian disempurnakan lepas waktu Isyak pada hari yang sama.
29 Mei 2010 - Majlis Makan Amal telah dihadiri oleh wakil JKKK Ampang Pecah untuk memehuni undangan 1 meja 10 orang yang dibaiyai oleh seorang ahli JKKK. Majlis ini anjuran Jabatan Amal Malaysia bagi mengisi tabung mereka. Majlis diserikan dengan ucapan oleh YB Ronnie, Sdr Mat Sabu dan YB Mohd Nizar.
31 Mei 2010 - Satu mesyuarat bersama JKKK Ampang Pecah dengan pengerusi/setiausaha surau dan wakil taman-taman dalam mukim Ampang Pecah telah diadakan pada jam 9.00 malam bagi membincangkan perancangan untuk membuka dan mengunapakai semula Tanah Perkuburan di Batu Tajam. Taman Ampang Indah. Projek ini mendapat sokongan semua pihak yang hadir. JKKK Ampang Pecah akan bertindak sebagai JK pelaksana program ini dengan meletakkan sasaran bulan Disember 2010 sebagai tempoh masa tanah perkuburan ini akan dapat digunakan semula. Agenda kedua ialah memberi taklimat dan panduan untuk semua taman-taman di mukim Ampang Pecah untuk menubuhkan Jawatankuasa Penduduk (JKP) dengan diberi panduan oleh En Ameer Abdullah (wakil JKKK). Tindakan susulan akan diserahkan kepada wakil taman untuk membentuk JK Penaja sebelum diadakan mesyuarat agung. Semua perkara yang melibatkan JKP akan dibantu oleh JKKK sehingga berjaya.

Friday, May 14, 2010

MESYUARAT JK 2/10




Mesyuarat Jk kali kedua telah diadakan pada hari Jumaat 14 Mei 2010 bertempat di Balai Penghulu KKB. Turut hadir wakil Balai Bomba dan Balai Polis. 4 orang ahli baru turut hadir atas undangan Pengerusi JKKK. Mesyuarat bermula jam 3.30 ptg dan berakhir jam 5.30 ptg. Beberapa perkara telah dibincang dan mendapat persetujuan bersama seperti :
1. Penetapan kawasan diwakili,
2. Pembentukan biro baru
3. Program-program yang akan segera dilaksanakan.
Pelaporan aktiviti JATIKAP akan dimuatkan di blog ini dari semasa ke semasa.