20.09.10 - Isnin - Mesyuarat JK kali ke 6 tahun 2010 telah diadakan di Balai Raya Kampung Kelapa bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Beberapa keputusan penting telah dicapai iaitu:
1. Program Sehari Bersama JKKK yang dijadualkan pada 3.10.10 akan dibincang semula apabila peruntukan yang dijanjikan oleh YB Ean diterima sebanyak RM10K.
2. Program Lawatan ke Perlis akan diadakan pada 21-23 Oktober 2010. Peluang turut ditawarkan kepada wakil JKKK KKB, JPS, MDHS dan Pej Daerah. Keputusan muktamad untuk pengesahkan penyertaan ialah pada 15 Oktober 2010
3. Program Bacaan Yassin pusingan di Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah ialah pada 7 Oktober 2010 dan untuk menggantikan program gotong royong Majlis Solat Hajat untuk pelajar PMR, SPM dan STPM akan diadakan pada hari Ahad 10 Oktober 2010.
4. Mesyuarat kali ke 7 akan diadakan pada 15 Oktober 2010 (Jumaat) di Balai Raya Taman Bukit Bujang.
20.09.10 - Ziarah rumah Allahyarham Shabuddin di Kampung Kelapa yang meninggal pada petang hari yang sama.
24.09.10 - Zirah rumah Allahyarham Zainuddin Md Sahar di Jalan Pahang yang kembali ke rahmatullah awal pagi hari ini.
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ampang Pecah telah ditubuhkan pada bulan Mac 2008 di bawah pentadbiran negeri yang baru. JKKK berperanan menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti di Mukim Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu ini.
Monday, September 20, 2010
Tuesday, September 7, 2010
Sunday, September 5, 2010
Minggu 1 September
5/09, Ahad - Ziarah jenazah dan ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Nasaruddin, Nazir Masjid Ar-Rahimah, KKB atas pemergian ke rahmatullah anak saudara beliau bertempat di Kampung Kelapa pada jam 5 petang. 
6/09, Isnin - Selepas solat sunat tarawih, pengerusi , S/U dan seorang lagi AJK (Sdr Ameer) telah menziarah anak ahli kariah
yang kemalangan pada minggu lepas di Taiping. Amiruddin Sohor, staf MDHS terlibat dalam kemalangan dihimpit lori ketika meunggang motosikal ketika dalam perjalanan menjalankan tugasan untuk pengajian PJJnya. Keadaannya semakin pulih dan rawatan lanjutan di jalankan di Hospital Sg Buloh. Didoakan beliau cepat sembuh.
Wednesday, September 1, 2010
Awal September
01.09.10 ,Rabu - Mulai hari ini ahli JKKK akan bertarawih di surau-surau dalam Mukim Ampang Pecah. Bermula dengan Masjid(L) Al-Hidayah Ampang Pecah, 
2/09 .Khamis -Surau Taman Damai dan
3/09 , Jumaat -Surau Taman Desa Bukit Bujang.
Majlis penyampaian sumbangan moreh oleh JKKK telah disempurnakan oleh Pengerusi JKKK Mukim Ampang Pecah
2/09 .Khamis -Surau Taman Damai dan
3/09 , Jumaat -Surau Taman Desa Bukit Bujang.
Majlis penyampaian sumbangan moreh oleh JKKK telah disempurnakan oleh Pengerusi JKKK Mukim Ampang Pecah
Subscribe to:
Posts (Atom)