Wednesday, July 27, 2011

Sehari di SUK


Isnin,25.7.11 - Usaha demi usaha dilakukan untuk memastikan projek Tmn Desa Bukit Bujang dapat diteruskan sehingga siap semuanya. Selepas tidak mendapat kata putus daripada Pegawai Daerah, terpaksa pula panjat ke tingkat 15 SUK untuk berjumpa dengan PA YB Iskandar untuk bincang jalan2 terbaik agar hajat tercapai. Diajukan pula untuk naik ke tingkat 21 - Pejabat Menteri Besar dan berjumpa dengan SU Khas MB. Ini adalah langkah2 awal kerana apa pepatah mengatakan "Langkah pertama adalah pengharapan, tidak melangkah langsung tak ada harapan".

Friday, July 22, 2011

Akhirnya berita gembira buat TDBB

Jumaat,22 Julai 2011 - Berkat hari Jumaat, selepas bertahun-tahun menanti, berbulan-bulan naik turun pejabat MDHS, akhirnya pada hari ini perjuangan JKKK Ampang Pecah untuk mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (CF) untuk penduduk Taman Desa Bukit Bujang telah menjadi kenyataan. Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengeluarkan CF yang dinanti-nanti selama lebih 11 tahun. Isu ini turut dijadikan bahan ejekan pelbagai pihak yang mencabar JKKK Ampang Pecah selama hampir 3 tahun mengambil alih pengurusan JKKK Ampang Pecah. Dalam masa 3 tahun masalah yang berlarutan selama lebih 10 tahun dapat diselesaikan dengan baik. Ucapan terima kasih kepada pihak MDHS terutama Sdr Wahab dari Unit Pembangunan dan YDP MDHS kerana kerjasama yang diberikan untuk mencapai hasrat yang kian lama terpendam. Tahniah kepada penduduk Taman Desa Bukit Bujang dan terima kasih kepada JKKK Ampang Pecah atas usaha yang telah dibuktikan menjadi kenyataan. Permohonan untuk mendapat CF Individu yang diamanahkan urusannya kepada JKKK Ampang Pecah masih dibuka. Majlis penyerahan SIJIL ini akan disempurnakan sempena Sambutan Jamuan Hari Raya pada bulan September 2011 nanti..InsyaAllah.

Thursday, July 21, 2011

Mesy JK Ke 7

Selasa, 19.7.11 - Mesyuarat telah diadakan mulai jam 8.30 mlm dengan turut dihadiri oleh Penghulu KKB. Banyak perkara telah dicapai persetujuan bersama selain maklumat-maklumat terkini yang disampaikan oleh Tok Penghulu. Antaranya :
1. Pertandingan membina blog JKKK, bermula Julai hingga Ogos 2011
2. Pertandingan memberi nama projek perumahan mampu milik - maklumat diberi pada 19 Julai tarikh tutup 30 Jun 2011 - penin!!!
3. Program untuk hari Sabtu 23.7.11 - memperkasakan desa di Dewan Serbaguna KKB - terbuka kepada sesiapa saja yang ingin sertai,
4. Operasi pemotongan bil air oleh Syabas -18/7/11 hingga 25/7/11 dan maklumat yang paling menyukakan ialah kelulusan projek tambahbaik balai raya di TAP, TDBB & TD dan pembinaan gelanggang permainan di TDBB.
Sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak, JKKK telah merancang beberapa aktiviti antaranya -
1.Penyampaian sumbangan moreh kepada surau bermula pada 3/8/11 di Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah, 7/8/11 di surau Taman Damai dan 9/7/11 di surau Taman Desa Bukit Bujang,
2. Penyampaian sumbangan hadiah pelajar cemerlang PMR & SPM 2010 - kiraduit raya la tu.
Dalam pada itu semua isu berkaitan yang belum selesai masih dalam proses pelaksanaan spt projek tong sampah bersangkat, penubuhan JKP & koperasi, buletin JKKK dsb. Turut menggembirakan ialah permohonan CF untuk TDBB telah diluluskan dan majlis penyerahan CF Individu (kepada yang telah membayar sahaja) akan disempurnakan sempena majlis jamuan sambutan hari raya aidil fitri pada bulan September 2011.

Tuesday, July 12, 2011

Kerja-kerja sudah bermula...

Selasa, 12 Julai 2011 - Seperti dijanjikan oleh pihak kontraktor Projek Perumahan Taman Desa Bukit Bujang, kerja-kerja mebaikpulih infra dan rumah-rumah yang rosak akibat terbiar selama hampir 5 tahun sudah digerakkan mulai hari ini. Apa yang dijanjikan akan ditunaikan.

Monday, July 4, 2011

PERTEMUAN JKKK-PENGHULU-PPRT



Selasa, 5.7.11 - Majlis ini akan diadakan pada malam hari ini bermula pukul 9.30 mlm. Majlis bertujuan bersua muka dengan peserta PPRT Fasa 1 selepas bertahun-tahun tidak pernah diadakan pertemuan seperti ini. Ada beberapa perkara yang disampaikan oleh Tok Penghulu KKB kepada peserta PPRT yang tidak pernah kesampaian. Diharapkan pada malam ini juga maklumat terkini peserta dalam dikumpulkan untuk rujukan masa depan.. dari segi penyampaian bantuan kepada yang memerlukan. JATIKAP juga sedang berusaha untuk membuka satu lagi projek PPRT berhampiran tapak yang sedia ada.
Hasil pertemuan banyak info diperolehi dari segi keadaan peserta, kawasan tempat tinggal yang dipinggirkan masuk 10 tahun, masalah yang dihadapi dsb. Satu perkara yang dapat diatasi, sebarang masalah dihadapi peserta PPRT seharusnya disampaikan kepada Ketua Kampung untuk tindakan sewajarnya. Di akhir pertemuan, peserta tidak pulang dengan tangan kosong. Sumbangan pakaian yang diedarkan kepada mereka.